Bismillah Alhamdulillah
"Tidak ada cara untuk membuat acuan umat ISLAM hari ini kecuali
melakukan mengikut acuan RASULULLAH S.A.W yang dulu"
[ Syeikh Prof.Dr Yusof al-Qaradhawi ]
Rasulullah S.A.W merupakan qudwah hasanah untuk semua manusia hatta para rasul dan nabi terdahulu juga mengakuinya. Baginda merupakan utusan Allah yang diberikan pelbagai kemampuan dan salah satu "TITLE" yang boleh kita lihat ialah Rasulullah s.a.w selaku Murabbi.
Murabbi merujuk kepada orang yang mendidik atau membimbing, simply in other word kita panggilnya pembimbing atau pendidik. Ianya merangkumi makna yang luas bukan saja dalam mencurah ilmu kepada orang lain malah melakukan proses tarbiyyah terhadap Mutarabbi (orang yang di didik), dengan fokus skopnya pada pembentukan peribadi muslim.
Apakah bentuk acuan itu? Acuan yang Rasulullah gunakan dahulu pada sahabat-sahabat baginda? tidak lain tidak bahasa umumnya ialah Tarbiyyah. Terdapat tiga rukun tarbiyyah disini iaitu :
Rukun Tarbiyyah Fikriah : Bentuk pemikiran, minda dan kesedaran kita. Letakkan
keyakinan yang tinggi kepada Allah. Bentuk fikrah Islamiah dan
knowledge tentang Islam kepada anak buah.
Rukun Tarbiyyah Rohaniah : Bentuk nafsu kita kearah nafsu Mutmainah, develop minat pada
perkara yang baik
Rukun Tarbiyyah Jasadiah : Kesihatan dan penampilan sihat jasad kita. Penggunaan jasad
kita dengan sebaiknya.
RUKUN DAKWAH
Dakwah merupakan medium untuk kita melaksanakan Tarbiyyah dan didalamnya terdapat Empat rukun penting yang mana salah satunya berkisar mengenai murabbi.
Rukun yang akan disentuh untuk entri kali ini ialah DAI'E (penyeru).. dari skop inilah kita step by step membentuk apa yang digelar murabbi. Bagaimana memulakan?
USRAH
Ya... melalui Usrah, Islamic Circle, Bulatan gembira and whatsoever we called it. Melalui medium inilah kita membentuk acuan ummah dari akarnya sebelum ke peringkat yang lebih atas lagi. Professor Dr. Yusof al-Qaradhawi pernah menyebutkan mengenai title "r.a" pada penghujung nama setiap sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W, beliau berkata :
"Tiga perkara ini yang ada pada semua sahabat Rasulullah yang menjadikan Allah
redha pada mereka, iaitu pertama mereka faham kandungan ISLAM, kedua
mereka beramal dengan ajaran ISLAM dan merupakan seorang yang Amil
(pekerja). Perjuangan ISLAM itu wajib dizaman mana ISLAM tidak diDaulatkan"
FAHAM MENGAPA MENJADI DAI'E
Mengapa kita harus menjadinya? faham mengapa kita harus membawa ISLAM itu atau kata lainnya aktivis dalam dakwah ini, pointnya senang saja, kita lakukannya kerana Allah, kita lakukannya kerana Ummah (Ummah sakit sekarang) dan kerana Ikhlas (buat kerja demi Allah)...
Oleh itu, dalam menjadi seorang pendidik dan pembimbing yang baik, 10 ciri ini harus ada dalam diri kita selaku seorang Muslim...
1. Qawiyul Jism (kuat tubuh badan)
2. Salimul Aqidah (Aqidah yang sejahtera)
3. Matinul Khuluq (Akhlak yang mantap)
4. Qadiran Ala Kasbi (Mampu berdikari)
5. Mutsaqattal Fikri (Berpengetahuan luas)
6. Mujahadah Ala Nafsi (mampu melawan nafsu)
7. Munnazamun Fi Syuunihi (Tersusun dalam segenap urusan)
8. Sahihul Ibadah (Ibadah yang betul)
9. Haarithun Ala waqtihi (Menjaga waktu)
10. Nafiun Li Ghairihi (berguna untuk orang lain)
[ 10 Muwassafat Tarbiyyah As-syahid Imam Hassan Al-Banna ]
Bersama kita mendidik diri kita, bersama mentarbiyyah dan ditarbiyyah insyaAllah. Setiap kita harus menjadi murabbi dalam mendidik mereka yang dibawah kita untuk mengenal dan faham serta alimm mengenai ISLAM.
Nukilan : Naturemujahid