Bismillah
Alhamdulillah
“FRIENSHIP NEVER DIES”
Erm… sejauhmana boleh diterima pakai ayat ni? Wujudkah benda seperti itu
di zaman dulu hingga kini? Sebuah ceritera ingin ku nukilkan 3 tahun yang lepas, melaluinya akan
terjawab persoalan diatas.
Petang itu seusai Asar, abang naqib datang mengetuk pintu bilik Mukmin dan
roomatenya, sebelumnya mereka sudah berjanji untuk menghadiri program diluar.
“Mukmin, bersiap, abang hantar kamu sama Shahie” kata abang Suhasman.
“sa suda siap bang, tapi Shahie ndak mau pigi dia bilang”
Shahie masih terbaring di katil tanpa pakaian cuma berlindungkan sarung
pelikatnya.
“Shahie, kenapa belum bersiap tu, marilah cepat, lambat ko tu” desak abang Suhasman.
“aku ndak mau pigi lah bang, biar si Mukmin syak lah yang pigi” katanya
malas.
Abang Suhasman tidak puas hati dengan sikap Shahie, lalu berlaku sedikit suasana
tegang sambil berbalas hujah masing-masing. Wajah abang Suhasman menunjukkan
ekspresi seolah satu kerugian besar jika kami tidak menghadiri program ini.
“Aku ndak pigi bang. Titik!”
Abang Suhasman pun mengalah dan mereka berdua kemudiannya berlalu meninggalkan Shahie sendirian.
* *
* * * * * * * * * * * * * * * * *
“Mukmin, Habib, Shiraz, abang kasi tinggalkan kamu semua disini. Dari sini kamu
naik bas Maraliner untuk pergi ke Shahab perdana” jelas abang Suhasman.
Pekan kecil yang sesak dengan kenderaan berat mahupun ringan memenuhi
jalan, tidak jauh dari tempat mereka berdiri, Habib singgah ke dalam kedai
runcit untuk membeli roti dan air buat mereka untuk berbuka nanti.
“barang-barang yang disuruh bawa tu ada ka semua?” tanya Shiraz kepada Mukmin. Shiraz berbaju merah tinggi berkulit sawo matang dengan rambut ikal sedikit
membelek tasbih dan telur serta beras yang disediakannya di asrama tadi.
“ada suda, Habib?” jawab Mukmin sambil berpaling pada insan yang miliki susuk tubuh
kecil, berkulit putih, berkopiah dan cermin mata yang dipakai itu menyerlahkan
kacukan jawa dalam darahnya. Comel seperti budak orangnya.
“a’ah, dah.”
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Program berlansung selama 3 hari 2
malam di Langgar, peserta pada waktu itu sejumlah 30 orang, 6 orang muslimin
dan 24 muslimat. Pelbagai pengisian berbentuk tamrin dilakukan dan sememangnya
dalam tempoh singkat itu, sebuah ikatan ukhuwah terjalin tanpa disedari. Ikatan
fillah yang akan dibawa sebagai bekal untuk semester mendatang.
“Assalammualaikum, ana Aniq.. asai matrik Penang” menghulur tangan untuk
berjabat kepada Mukmin.
“wa’alaikumussalam, saya Mukmin”
“selamat berkenalan, aku Hafidz, matrik penang juga tapi asal Johor”
sampuk lelaki bertubuh kurus dengan kaca matanya yang menampakkan kematangan
pada rupa.
“Ana Habib, dan yang ni Shiraz” sampuk Habib memperkenalkan mereka semua.
Senyuman dan sapaan menyapa antara mereka petang itu membentuk sebuah ta’aruf
yang tanpa mereka sedari akan merubah perjalanan mereka selaku mahasiswa
selepas ini. Berguling, dimarahi, berprogram, membentang, diprovok bersama merupakan
hidangan dalam tamrin yang akhirnya mengeratkan ikatan antara lima jejaka itu.
Dua semester telah pun berlalu selepas tamrin itu, mereka kini di semester
2 tahun pertama pengajian. Langit tidak semestinya cerah, pasti mendung dan ribut
melanda jua. Begitu juga dengan bahtera persahabatan diantara mereka berlima,
ombak badai menghempas ganas meleraikan ikatan yang pernah berbaiah suatu masa
dulu
“Assalammualaik Mukmin” tegur abang Farid
“Wa’alaikumussalam w.b.t bang” sambil membelek buku Qiyadah wa Jundiyah di
ruang legar bangunan fakulti Undang-undang.
“ana nak tau tentang Hafidz, dia macam ada masalah” pandangan abang Farid
menjadi serius.
“dia seolah ingin lari daripada medan perjuangan ni. Ana tanya Mukmin sebab enta masul depa” tambah abang Farid lagi.
“Hafidz? Ya kah bang? Ana tak tau pun” sambil kitab haraki tadi di
tutup dan disimpan didalam beg galasnya.
“takpa, nanti ana jumpa personally dengan dia” tekad Mukmin sambil
mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi daripada situ.
Ternyata tebakan abang Farid ada asasnya, Hafidz cuba mengelak setiap kali
diajak berliqo, berusrah hatta makan bersama di café. Mukmin mengharapkan
pimpinan menegur Hafidz agar permasalahan ini selesai namun tindakan itu
mengundang api yang lebih marak.
Hari demi hari, hubungan mereka makin renggang, gerak kerja organisasi dan
dakwah menyebabkan Mukmin selaku masul tidak lagi meng”follow-up” sahabatnya itu
buat satu tempoh masa yang panjang. Bukan saja Hafidz, Aniq juga mula menjauh
daripada gerak kerja tarbiah yang sebelum ini rancak dihidupkan.
Kini
Bergelar pelajar tahun akhir, Mukmin tersentak kerana mendapat teguran
secara tidak lansung daripada Allah. Dia merasakan itu merupakan peringatan
yang Allah ingin berikan kepadanya kerana membiarkan dua orang sahabatnya itu
hanyut.
“Jika kamu mahu seseorang itu berubah,
jangan pernah berhenti berdoa untuknya” Kalam Al-Habib
Ali Zainal Abidin Al-Hamid-
Dirinya seolah terpukul dengan batu besar mendengar kalam
seorang habib, jauh disudut hatinya menangis..
“Astaghfirullah.. aku inginkan mereka berubah tapi doaku
untuk itu hanya sebutir dua, bahkan terputus dengan kerapnya” monolognya dalam hati
Menitik deras air jernih di kelopak matanya…
Mahukan seseorang itu berubah kena usaha, ditambah dengan doa yang tidak pernah putus, muhasabah buat diri terutamanya, kemana perginya doa untuk sahabat-sahabat yang sekian lamanya hanyut.? (11.10.2013)
*************
Ya. Friendship never die. Hingga ke hari ini, Mukmin masih memerhatikan sahabat sahabatnya itu dari kejauhan. Meski di pisahkan oleh laut cina selatan, doanya tetap mengiring moga suatu saat sahabat sahabatnya tetap melangkah meneruskan perjuangan ini meski keakraban dulu mustahil sudah untuk di ratib. (09.12.2019)