Tuesday, 1 October 2013

NOTA TARBIYYAH

Bismillah Alhamdulillah


Tika mana kita bercakap tentang tarbiyyah, ada beberapa perkara yang perlu kita fahami dan peka. Tarbiyyah yang sebenarnya sepatutnya mengubah diri kita menjadi muslim yang lebih produktif, yang lebih dekat kepada Sang Pencipta. Hari ni suka saya menghuraikan sejenis golongan manusia dalam kelompok yang mendapat tarbiyyah.

Tidak semestinya semua yang mendapat tabiyyah ini berada pada level yang sama. Ada orang bila diminta meningkatkan amal ibadah, mereka cemerlang. Mutaba’ah amal terisi dengan penuh bergaya. Jahiliyyah juga dikikis dengan penuh tegas dan berhemah. Mereka ini mantop. Qowi. Tapi makan nasi juga.

Ada orang berat untuk meninggalkan jahliyyah ini walau sudah ditarbiyyah secara bertubi-tubi oleh para murabbi. Golongan ini boleh menerima tapi sukar melepaskan. Jadual amal mereka juga turut terisi dengan unggul. Saya sendiri terasa kerap kali berada dalam golongan ini. In sha Allah jadual amal yang direncanakan dapat dipenuhi dengan penuh mutu. Namun pada waktu yang sama, masih lagi bergelut dengan kemaksiatan kepada Allah.

Tidak mustahil perkara ini berlaku. Cuma, walau sehebat mana dan sebegitu istiqamah kita dalam meningkatkan pengabdian secara khusus kepada Allah S.W.T tapi pada waktu yang sama kita turut kerap kali kandas dek bola bola api jahiliyyah, rasanya ini sesuatu yang agak parah.



"Thauban meriwayatkan satu pesanan junjungan , bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Aku sangat jelas mengetahui bahawa ada golongan dari umatku yang akan datang pada hari Qiyamat dengan amalan soleh sebesar gunung Tihamah, tetapi Allah akan menjadikannya seperti debu-debu berterbangan."

"Thauban bertanya : “Wahai Rasulullah, ceritakanlah tentang mereka kepada kami dan beritahulah kami lagi, supaya kami tidak menjadi seperti mereka.
Baginda menjawab pertanyaan mereka;
Mereka adalah saudara kamu dan dari kaum kamu, melakukan ibadah malam seperti kamu (qiamulail), tetapi mereka adalah orang yang apabila mereka bersendirian, mereka akan melanggar larangan Allah.”
(Hadis Riwayat Ibn Majah)

Allahurabbi.

Terasa sungguh tertusuk disitu.

Saya kira sudah tiba masanya untuk kita yang sudah lama mendapat sentuhan tarbiyyah memuhasabah diri kita. Adakah kita hari ini benar-benar labih baik deripada kita yang lampau. Sejauh mana tarbiyyah telah mengubah diri kita? Jika gagal, di mana silapnya?


By: Naturemujahid

No comments:

Post a Comment

Coretan Antum ^ ^