Tuesday, 8 October 2013

MARATIBUL AMAL YANG KE-4 : DAULAH ISLAMIYYAH

Bismillah Alhamdulillah


Dialog antara seorang pensyarah Jurisprudence dengan pelajarnya

Ok class, who can tell me whether Malaysia is a Islamic state or not?

Sir, Malaysia definitely is an Islam’s state by the virtue of article 3 of the federal constitution. Jawab Kam.

No, that is not correct, any other answers?

Malaysia is not an Islamic country because the government didn’t implement the hudud laws in our judiciary tambah Linda

Are you sure with your answer? pensyarah cuba memprovok

kelas menjadi senyap dan muka pelajar kelihatan bingung, kemudian soalan ditanya lagi membiarkan soalan sebelum ini belum terjawab.

Tell me class, is there any Islamic states nowadays?

Iran, arab Saudi and few other more sir jawab Fuad pula

why you say that those states is a Islamic states?

because they implement the hudud law and takzir.” Fuad menyokong hujahnya

seriously, are you all final years student? And will finish your LL.B?
Kata-kata pensyarah itu menusuk dan menyentak minda setiap yang berada di kelas.
* * * * *

Begitulah seputar suasana di kelas pertama Jurisprudence untuk semester ini. Subjek yang begitu luas  dan memerlukan kepada ilmu yang luas dan pencerapan yang baik.

Soalan yang ditimbulkan itu pernah tidak kita fikir sebenarnya APAKAH ITU NEGARA ISLAM?

Berikut saya kongsikan pendapat fuqaha dalam mendefinisi sebuah Negara Islam bagi menjelaskan khilaf yang berlaku dikemudiannya.

TAKRIF FUQAHA

Al-Imam Abu Yusuf berkata “Negara yang dikira sebagai negara Islam dengan terlaksananya hokum Islam di dalamnya walaupun kebanyakan penduduknya adalah dikalangan orang-orang Kafir. Dan dikira sesebuah Negara itu kafir kerana berjalannya hokum kafir padanya walaupun kebanyakan penduduknya adalah dikalangan orang-orang Islam.

Al-Imam Az-Zarkasi menyebut “Negara Islam adalah apa yang dinamakan pada suatu kawasan yang dikuasai oleh umat Islam, dan umat Islam berada di dalam keamanan.”

Berkata Al-Imam Ar-Rafi’e, “tidak disyaratkan sesebuah negara Islam itu padanya umat-umat Islam, bepada dengan penguasaan berpihak kepada kepimpinan yang Islam

Pandangan Ibnu Hazm Az-ZahiriSetiap Negara boleh dinisbahkan kepada pengaruh, penguasa dan orang yang merajai Negara tersebut

Berkata Ibnu Muflih Al-Hambali “setiap negara yang dikuasai hukum Islam, maka Negara tersebut ialah Negara Islam, dan jikalau dikuasai oleh hukum kafir, maka Negara tersebut ialah Negara Kafir

Walau bagaimanapun, Ibnu Qayyim Al-Jauziah menukilkan bahawa jumhur Fuqaha sepakat berpendapat, Negara Islam didefinisikan sebagai : “sebuah kawasan (negara) yang didiami dan dikuasai oleh umat Islam dan terlaksana padanya hukum-hukum Islam. Maka Negara yang tidak menjalankan hukum Islam tidak dinamakan Negara Islam

PERBAHASAN ULAMA’MUASARAH

Antara ulama dan cendekiawan muasarah yang terlibat dalam mendefinisikan Negara Islam adalah seperti Al-Mujaddid Al-Maududi, Syeikh Abu Zahrah, Al-ustaz Sayid Qutub Syeikh Abdul Qadir Audah, Al-marhum Syeikh Abdul Wahab Khalaf, Dr.Wahbah Az-Zukhaily, Dr.Abdul Karim Zaidan, Dr.Muhammad Said Ramadhan Al-Buthi dan Dr.Muhammad Khair Haikal.

Melihat kepada beberapa takrif yang dikemukakan, maka bias dibuat kesimpulan antaranya :

1.  Negara Islam didefinisikan sebagai sebuah Negara yang terlaksana padanya hukum-hukum Islam,

2.  Ditadbir oleh Imam atau pemerintah Islam, dan

3.  Keselamatan dan keamanan berpihak kepada Umat Islam

. . . . . . . . . . . .

Saya suka petik penjelasan daripada pensyarah ana sebagai menyimpulkan entri ini…

Islamic state is a state where the ruler, constitution and etc are not the higher authority or the most supreme. Putting Allah s.w.t as the most sovereign and supreme of all, and quran and As-sunnah as the guidance is what resemblance the true Islamic state like previous Madinah.

No comments:

Post a Comment

Coretan Antum ^ ^