Friday, 11 October 2013

HANYUT

Bismillah Alhamdulillah 

“FRIENSHIP NEVER DIES”

Erm… sejauhmana boleh diterima pakai ayat ni? Wujudkah benda seperti itu di zaman dulu hingga kini? Sebuah ceritera ingin ku nukilkan 3 tahun yang lepas, melaluinya akan terjawab persoalan diatas.

Petang itu seusai Asar, abang naqib datang mengetuk pintu bilik Mukmin dan roomatenya, sebelumnya mereka sudah berjanji untuk menghadiri program diluar.

“Mukmin, bersiap, abang hantar kamu sama Shahie” kata abang Suhasman.

sa suda siap bang, tapi Shahie ndak mau pigi dia bilang” 

Shahie masih terbaring di katil tanpa pakaian cuma berlindungkan sarung pelikatnya.

Shahie, kenapa belum bersiap tu, marilah cepat, lambat ko tu” desak abang Suhasman.

aku ndak mau pigi lah bang, biar si Mukmin syak lah yang pigi” katanya malas.

Abang Suhasman tidak puas hati dengan sikap Shahie, lalu berlaku sedikit suasana tegang sambil berbalas hujah masing-masing. Wajah abang Suhasman menunjukkan ekspresi seolah satu kerugian besar jika kami tidak menghadiri program ini.

Aku ndak pigi bang. Titik!

Abang Suhasman pun mengalah dan mereka berdua kemudiannya berlalu meninggalkan Shahie sendirian.

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *

“Mukmin, Habib, Shiraz, abang kasi tinggalkan kamu semua disini. Dari sini kamu naik bas Maraliner untuk pergi ke Shahab perdana” jelas abang Suhasman.

Pekan kecil yang sesak dengan kenderaan berat mahupun ringan memenuhi jalan, tidak jauh dari tempat mereka berdiri, Habib singgah ke dalam kedai runcit untuk membeli roti dan air buat mereka untuk berbuka nanti.

barang-barang yang disuruh bawa tu ada ka semua?” tanya Shiraz kepada Mukmin. Shiraz berbaju merah tinggi berkulit sawo matang dengan rambut ikal sedikit membelek tasbih dan telur serta beras yang disediakannya di asrama tadi.

ada suda, Habib?” jawab Mukmin sambil berpaling pada insan yang miliki susuk tubuh kecil, berkulit putih, berkopiah dan cermin mata yang dipakai itu menyerlahkan kacukan jawa dalam darahnya. Comel seperti budak orangnya.

a’ah, dah.

* *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *

Program berlansung selama 3 hari 2 malam di Langgar, peserta pada waktu itu sejumlah 30 orang, 6 orang muslimin dan 24 muslimat. Pelbagai pengisian berbentuk tamrin dilakukan dan sememangnya dalam tempoh singkat itu, sebuah ikatan ukhuwah terjalin tanpa disedari. Ikatan fillah yang akan dibawa sebagai bekal untuk semester mendatang.

Assalammualaikum, ana Aniq.. asai matrik Penang” menghulur tangan untuk berjabat kepada Mukmin.

“wa’alaikumussalam, saya Mukmin”

“selamat berkenalan, aku Hafidz, matrik penang juga tapi asal Johor” sampuk lelaki bertubuh kurus dengan kaca matanya yang menampakkan kematangan pada rupa.

“Ana Habib, dan yang ni Shiraz” sampuk Habib memperkenalkan mereka semua.

Senyuman dan sapaan menyapa antara mereka petang itu membentuk sebuah ta’aruf yang tanpa mereka sedari akan merubah perjalanan mereka selaku mahasiswa selepas ini. Berguling, dimarahi, berprogram, membentang, diprovok bersama merupakan hidangan dalam tamrin yang akhirnya mengeratkan ikatan antara lima jejaka itu.

Dua semester telah pun berlalu selepas tamrin itu, mereka kini di semester 2 tahun pertama pengajian. Langit tidak semestinya cerah, pasti mendung dan ribut melanda jua. Begitu juga dengan bahtera persahabatan diantara mereka berlima, ombak badai menghempas ganas meleraikan ikatan yang pernah berbaiah suatu masa dulu

Assalammualaik Mukmin” tegur abang Farid

Wa’alaikumussalam w.b.t bang” sambil membelek buku Qiyadah wa Jundiyah di ruang legar bangunan fakulti Undang-undang.

ana nak tau tentang Hafidz, dia macam ada masalah” pandangan abang Farid menjadi serius.

dia seolah ingin lari daripada medan perjuangan ni. Ana tanya Mukmin sebab enta masul depa” tambah abang Farid lagi.

Hafidz? Ya kah bang? Ana tak tau pun” sambil kitab haraki tadi di tutup dan disimpan didalam beg galasnya.

takpa, nanti ana jumpa personally dengan dia” tekad Mukmin sambil mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi daripada situ.

Ternyata tebakan abang Farid ada asasnya, Hafidz cuba mengelak setiap kali diajak berliqo, berusrah hatta makan bersama di café. Mukmin mengharapkan pimpinan menegur Hafidz agar permasalahan ini selesai namun tindakan itu mengundang api yang lebih marak.

Hari demi hari, hubungan mereka makin renggang, gerak kerja organisasi dan dakwah menyebabkan Mukmin selaku masul tidak lagi meng”follow-up” sahabatnya itu buat satu tempoh masa yang panjang. Bukan saja Hafidz, Aniq juga mula menjauh daripada gerak kerja tarbiah yang sebelum ini rancak dihidupkan.

Kini

Bergelar pelajar tahun akhir, Mukmin tersentak kerana mendapat teguran secara tidak lansung daripada Allah. Dia merasakan itu merupakan peringatan yang Allah ingin berikan kepadanya kerana membiarkan dua orang sahabatnya itu hanyut.

Jika kamu mahu seseorang itu berubah, jangan pernah berhenti berdoa untuknya”  Kalam Al-Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid-

Dirinya seolah terpukul dengan batu besar mendengar kalam seorang habib, jauh disudut hatinya menangis..

“Astaghfirullah.. aku inginkan mereka berubah tapi doaku untuk itu hanya sebutir dua, bahkan terputus dengan kerapnya” monolognya dalam hati

Menitik deras air jernih di kelopak matanya… 

Mahukan seseorang itu berubah kena usaha, ditambah dengan doa yang tidak pernah putus, muhasabah buat diri terutamanya, kemana perginya doa untuk sahabat-sahabat yang sekian lamanya hanyut.?  (11.10.2013)

*************
Ya. Friendship never die. Hingga ke hari ini, Mukmin masih memerhatikan sahabat sahabatnya itu dari kejauhan. Meski di pisahkan oleh laut cina selatan, doanya tetap mengiring moga suatu saat sahabat sahabatnya tetap melangkah meneruskan perjuangan ini meski keakraban dulu mustahil sudah untuk di ratib. (09.12.2019)


No comments:

Post a Comment

Coretan Antum ^ ^