Bismillah Alhamdulillah
Jauh perjalanan luas pemandangan, seluas langit biru ciptaan Allah yang melengkung di atmosfera bumi. Sememangnya setiap pengembaraan dapat mencambahkan ilmu pengetahuan kita, menjadikan perspektif pandangan kita lebih matang dan luas.
Dikesempatan sesebuah pengembaraan itu, termasuk diri ana yang kini bermusafir di perantauan sebenarnya adalah universiti bagi kita. Hal ini kerana melalui pengembaraan dan banyaknya bermusafir, kita berpeluang mempelajari ilmu serta pengetahuan baru dan berpeluang mempraktikkan ilmu yang dimiliki.. baik dalam ibadah, pengetahuan am dan sebagainya.
Syumulnya Islam kerana telah memberi panduan untuk memasuki Universiti pengembaraan ini..
HUKUM PERJALANAN
Terbahagi kepada 5 mengikut spesifikasi
1. Perjalanan yang haram
Jika diakukan untuk melakukan maksiat serta apa jua yang mampu mengundang murka Allah. Sebagai contoh, sanggup bermusafir dari utara ke selatan semata-mata untuk menyaksikan konsert hiburan yang melibatkan percampuran antara lelaki dan wanita.
2. Perjalanan yang wajib
Perjalanan yang dilakukan semata-mata kerana memenuhi tuntutan agama seperti menuntut ilmu, menunaikan haji atau berjihad di jalan Allah
3. Perjalanan yang disunatkan
Perjalanan untuk mengerjakan ibadat-ibadat sunat seperti Umrah ataupuh menunaikan haji untuk kali kedua atau berjihad ditempat yang tidak diwajibkannya berjihad seperti berperang melawan penjajahan di negara Islam yang lain
4. Perjalanan yang Mubah (harus)
Perjalanan untuk melakukan sesuatu yang dibenarkan dalam Islam. Antaranya perjalanan untuk menguruskan perniagaan, bersuti ke tempat peranginan yang baik, menziarahi sanak saudara unutk mengeratkan silaturahim.
5. Perjalanan yang dimakruhkan
Perjalanan yang dilakukan seorang diri melainkan unutk perkara-perkara yang mendesak. Rasulullah s.a.w tidak menggalakkan seseorang itu untuk bermusafir bersendirian. Rasulullah s.a.w bersabda :
"Setiap seandainya mereka mengetahui apa yang ada pada berjalan bersendirian yang saya ketahui pasti tidak ada siapapun yang akan berjalan seorang diri pada waktu malam"
PENGEMBARAAN KU
Kini, sudah dua tahun berada di perantauan, walau waktu masih setahun jagung, namun begitu banyak yang dipelajari sepanjang 4 semester bergelumang dengan ilmu di varsiti tercinta ini.
Dimusafirku ana mengenal kesyumulan Islam, disini juga ana mengenal apa itu sahabat sebenarnya, disini ana belajar untuk memanfaatkan dan menggunakan ilmu sebaik mungkin dan banyak lagi..

"PEMBELAJARAN ITU TIDAK AKAN PERNAH
BERHENTI, BAHKAN IANYA PROSES BERTERUSAN
DALAM MENGEJAR SETITIS ILMU DARI SELAUTAN LUAS PENGETAHUAN ILMU ALLAH.."
Alhamdulillah, dalam musafir kali ini, banyak yang bermakna kerana.. kena pada waktunya.. iaitu pesta buku antarabangsa.
Sungguh rambang minda dan mata ketika memasuki bangunan PWTC ni, sehingga lutut menjadi lenguh kerana luas dan besar serta banyaknya tempat menarik untuk dilawati..
Pengembaraan tidak pernah berhenti, ia wujud disetiap denyut nadi para insan bergelar manusia.
No comments:
Post a Comment
Coretan Antum ^ ^