Wednesday, 23 May 2012

USTAZAH FATIMAH SYARHAH : WHEN LOVE TALKS


Bismillah Alhamdulillah

"bila Ilmu mu mengenal illahi..
jadilah IlmuMu berstatus tinggi"

Kata-kata yang ana ubah sedikit dari text ucapan Ustazah Fatimah Syarha dalam program cafe cinta UIAM.. bila fahami secara mendalam kata-kata diatas, menimbulkan pertanyaan sejauh mana nilai ilmu kita sekarang?


LOVE = QALBU = HATI


Abu Hurairah pernah berkata :
"hati adalah raja sedangkan anggota badan adalah tentera Jika raja itu baik maka baiklah tenteranya jika raja itu buruk, maka buruk pula tenteranya". Hati merupakan
segumpal darah yang sering menjadi intaian makhluk yang digelar "shayaatin" dan wadah rebutan oleh para "malaikat", subhanAllah... betapa peri pentingnya hati itu. "when the LOVE talk".. bila hati kita berbicara sebenarnya??... pernah kita rasa tidak tenang bila melakukan sesuatu yang bukan fitrah? pernah timbul perasaan tidak senang dalam hati? Abu Darha pernah berkata "kebaikan itu dalam ketenangan, kejahatan itu dalam keraguan" saat itu hati berbicara.


Untuk entri kali ini, hati akan lebih menyentuh mengenai cinta... CINTA HIGH CLASS.. 

dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a beliau berkata; aku pergi menemui Rasulullah s.a.w lalu baginda bersabda, "engkau datang bertanya mengenai kebajikan?" "aku berkata :ya" baginda bersabda " Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati terasatenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak dihati. Sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu" hadis hassan yang diriwayatkan oleh imam Ahmad dan al-Daarimi. Bila berbicarakan bab hati, ianya suatu yang subjektif... Allah jua yang membolak balikkan hati-hati ini.


Lunaknya hati berbicara terutama tentang sesuatu yang fitrah seperti CINTA.. majoriti ya... hati begitu aktif bila melibatkan unsur-unsur ini. Persoalan yang timbul adalah apakah cinta itu sekadar memenuhi syahwat semata?


REVERSE CINTA


Untuk peringkat ini, biarlah kita reverse cinta itu kepada cinta Ilmu, cinta mujahadah. Bersusah payah dalam jalan mujahadah pasti membuahkan kemanisan kelak. Seperti nikmatnya berbuka bila tiba waktu.. seperti situasi semasa, bercouple sebagai contoh.. ianya tidak haram tapi hanya selepas nikah. 

Allah jua penguasa hati.... membolak balikkan hati hamba-hambanya...


Tips perkongsian bagi muslimin dan muslimah dari Ustazah Fatimah Syarha dalam merisik atau ingin menyunting mawar berduri..


1. Lelaki itu memuliakan wali si wanita dan walinya menyampaikan kepada si wanita itu..


2. Lelaki melalui orang tengah [ selain wali ] ke wanita tersebut.


3. Perempuan itu ada ayah yang soleh dah ayahnya mencarikan pasangan untuknya.


4. Perempuan mulakan langkah ke orang tengah... orang tengah ke kawan terdekat dengan lelaki tersebut kemudian kawan itu menyampaikan kepada keluarga si lelaki dan keluarga si lelaki itu kemudiannya membeitahu respon pada saudara si wanita.


5. Lelaki yang meminta pemimpin dan melalui pemimpin ke gadis itu.


Ingatlah... pegang pada 2 prinsip... Jangan hampiri Zina & selaku seorang muslimin... lelaki... muliakan wali si wanita tersebut... soleh dan solehahkan diri terlebih dahulu sebelum mencari yang solehah dan soleh.

No comments:

Post a Comment

Coretan Antum ^ ^