Wednesday, 23 May 2012

REJAB bulan Allah


Bismillah Alhamdulillah


Alhamdulillah... seusai maghrib kemarin, seperti biasa berlansungnya kuliah fekah oleh Ustaz Salahuddin, guru pondok dan juga tenaga pengajar di sekolah Agama Toyyibah Changlun. Pengisian hari ini masih bersangkut paut berkisar mengenai pemimpin, untuk petang itu.... bab Zalim disinonimkan bersama.

Kuliah dihentikan seketika kerana ustaz nak berkongsi Fadhilat-fadhilat bulan Rejab ni, dalam kitab berwarna Merah itu mengatakan bahawa

REJAB bermaksud ta'azim iaitu Kebesaran, keagungan dan kemuliaan. Ianya daripada tiga huruf pada bulan REJAB itu sendiri

RO [ MEMBAWA MAKSUD RAHMAT ], JIM [ UNTUK JUD BERMAKSUD PEMURAH ] dan 
BA [ UNTUK BIR IAITU KEBAJIKAN ]. Lalu terhimpunlah REJAB yang bermaksud bulan yang padanya Allah limpahkan rahmat, kemurahannya dan kebajikannya terhadap hamba-hambanya yang beriman dan beramal soleh dibulan rejab itu. 

Rasulullah s.a.w bersabda 

"Hendaklah kamu muliakan bulan Rejab, nescaya Allah akan muliakannya di akhirat dengan 1000 kemuliaan"

"Bulan Rejab adalah bulan Allah, bulan Syaaban adalah bulanku, bulan Ramadhan bulan umatku" 

Imam Nawawi rahimahullah berkata dalam kitabnya :

"Malam awal REJAB itu dimustajabkan doa.. malam 1 hingga 10 REJAB" 

Fadhilat

Ustaz memberi perkongsian dalam waktu yang singkat itu akan fadhilat berpuasa di bulan ini..

> berpuasa sehari = mendapat syurga tertinggi
> berpuasa 3 hari = dijadikan parit panjang menghalang ke neraka. [1tahun jalan]
> berpuasa 4 hari = diafiatkan daripada bala dan penyskit-penyakit besar.
                           bebas dari fitnah Dajjal
> berpuasa 13 hari = mendapat pahala berpuasa 3000 tahun
> berpuasa 14 hari = mendapat pahala berpuasa 10'000 tahun
> berpuasa 15 hari = mendapat pahala berpuasa 100'000 tahun

> sesiapa yang bersedekah di bulan REJAB seolah-olah dia menyedekahkan 1000 dinar, diangkat seribu darjat, dihapuskan seribu kejahatan, dijauhkan daripada Api neraka dan pahalanya dikira berdasarkan banyaknya bilangan bulu roma ditubuhnya.

SubhanAllah.... ya sahabat-sahabat.... begitu mulianya dan pemurahnya Allah. Ana sangat excited takkala mendengar perkongsian ini, menjadikan puasa itu semakin seronok dan manis.... [ hati melonjak-lonjak nak meraih redha Allah ]

REJAB merupakan bulan unutk kita menyemai benih... taburlah sebanyak mana benih amalan yang boleh di bulan REJAB yang subur ini... kerana bila tiba di bulan SYAABAN nanti.. kita akan menyiram tanaman ini yang hampir membesar dan matang.. supaya bila tiba RAMADHAN nanti.. kita dapat mengutip hasilnya insyaAllah.

Peristiwa penting 

1. HIJRAH PERTAMA

Hijrah ke Habsyah berlaku kerana pihak musyrikin MEKAH meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah dan mereka yang mengikut baginda beriman kepada Allah pada ketika itu. Tujuan berhijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri disamping mencari tapak baru unutk Islam berkembang.

2. PERISTIWA ISRA MIKRAJ

Peristiwa ini Allah abadikan dalam surah Al-Isa ayat mukadimah hadapan mengenai perjalanan Rasulullah pada malam hari dari Isra hingga mikraj ke langit. Peristiwa ini membawa kita kepada SOLAT yang diamalkan 5 kali sehari semalam... Allah menyerahkan secara personal tanpa penghubung kepada Rasulullah s.a.w. Jumhur ulama berbeza pendapat mengenai tarikh ini dan majoritinya berpegang pada tarikh 27 REJAB.

3. Perang Tabuk

Tabuk adalah nama tempat dimana Rasulullah s.a.w dan para sahabat seramai 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana kerana tentera Rom melarikan diri.

4. PEMBEBASAN BAITUL MAQDIS

Baitul Maqdis dibuka pada zaman pemerintahan khalifah kedua selepas Abu Bakar. 

5. LAHIRNYA IMAM AS-SYAFIE

Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Idris. Dilahirkan di Gaza Palestine pada tahun 150H bersamaan 767M dalam bulan REJAB. Beliau merupakan Imam besar berEmpat yang menjadi rujukan didunia sehingga kini.

6. KEJATUHAN EMPAYAR KHILAFAH

Satu lagi peristiwa besar yang berlaku namun ramai yang tidak mengambil cakna kerana musuh-musuh Islam mengaburkan kita mengenai hakikat ini.. membuatkan kita buta akan fakta benar ini. 27 REJAB merupakan tarikh Isra Mikraj dan semua orang Islam meraikannya.. namun tarikh itu jugalah dimana empayar khalifah didunia jatuh dan Islam mula berpecah hingga muktahir ini... tahun 1924 itu tahun hitam dalam sejarah Islam..

Banyak Ikhtibar yang boleh diperolehi disetiap bulan-bulan Islam itu... bersama cakna akan perkara ini..

Ana mengucapkan selamat berpuasa insyaAllah.. nantikan entri mengenai Isra Mikraj dan juga kejatuhan empayar Turki uthmaniyah pada waktu terdekat insyaAllah..

~nature mujahid




No comments:

Post a Comment

Coretan Antum ^ ^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...