Bismillah Alhamdulillah
Sebelum berangkat ke kelas criminal law pagi ini, Alhamdulillah diberi kesempatan untuk mengulas sedikit mengenai program yang ana hadiri semalam.
Mahasiswa lesu??? ana tertarik dengan tajuk wacana malam itu. Ana ingin melihat bagaimanakah penyampaian ahli panel berkenaan isu ini... walau penyampaian tidak menepati jangkaan ana namun, ada perkongsian yang boleh dimanfaatkan insyaAllah.
Ahli panel jemputan malam itu ialah Encik Muhammad Lutfi Abdul Khalid, yang dipertua ISMA Sungai Petani dan ditemani oleh moderator iaitu saudara Fahri.
secara ringkas penyampaian pada malam itu, Encik Lutfi memberikan definisi "LESU" itu mengikut pemahamannya dan dia berkata ianya juga bergantung pada individu itu sendiri. Encik Lutfi berkata lagi, kita kena lihat dari skop yang pelbagai.
Moderator kemudiannya bertanya lagi tentang faktor mengapa berlakunya mahasiswa lesu ini dan Encik Lutfi memberitahu ianya adalah subjektif dimana banyak benda bergantung pada seseorang itu untuk dijadikan faktor. Antara faktor yang disebutkan ialah pemakanan, pensyarah lesu, bersifat biologi, karakter mahasiswa itu, keluarga, budaya, akhlak, tidak prihatin isu semasa, lesu sebab tidak terlibat dengan politik dan sebagainya. Sepanjang sesi wacana, ana melihat pandangan dan point-point yang diberikan oleh ahli panel kelihatan neutral dan pasif bagi membuka ruang kepada mahasiswa itu sendiri unutk berdialog dan berdiskusi sesama mereka.
Ana tertarik dengan perbahasan ilmiah yang diketengahkan iaitu mengenai sifat kaum melayu ini yang pesimistik atau kebudayaan yang terlalu tinggi.
Pendekatan yang diambil mengatakan bahawa sifat ini sangat baik namun disalah gunakan apabila melibatkan akademik..
"takpalah.. asalkan lulus alhamdulillah"
inilah mind setting yang menjatuhkan taraf kredibiliti mahasiswa itu sendiri. Baik, sempat dibahaskan juga disini mengenai pandangan beberapa audien yang mengatakan bahawa mahasiswa yang terlibat dengan BERSIH 3.0 baru-baru ini dikatakan lesu. ???
Pandangan si penulis
Bismillah Alhamdulillah, Bila mana isu LESU dikalangan mahasiswa ditimbulkan, ada beberapa perkara yang perlu dititik beratkan antaranya :

1.sejauh manakah peratus kelesuan itu?
2.dominannya kearah apa?
3.Bolehkah dikatakan segelintir mahasiswa yang hebat melabelkan mahasiswa itu tidak tepu?
4. Jika tidak, mahasiswa itu lesulah ye?
5.Skop LESU dikalanganm ahasiswa itu apa?
Begitu banyak persoalan yang berada di minda dan tidak terjawab satu pun ketika menghadiri program ini, namun ianya dapat mencetuskan pandangan ana mengenai isu LESU dikalangan mahasiswa ni.
LESU didefinisikan dalam kamus dewan sebagai "LETIH" atau "KELETIHAN/LEMAH" atau tidak Cergas dan Cerdas.. Mengikut konsep istilah LESU itu sendiri ianya mencakupi Skop lingkup yang sangat luas. Bila dikatakan bahawa mahasiswa itu LESU, kita boleh katakan pada segenap aspek mengikut waqi'i semasa.
Pandangan ana, Mahasiswa hari ini sememangnya LESU !!!, LESU dari aspek Akhlak Islamiyyah. ISLAM itu syumul, mengajar tip top dari A-Z amalan hidup penganutnya agar selari dengan firman Allah :
"Aku tidak menciptakan Jin dan Manusia melainkan agar
mereka beribadah kepadaku"
Maka, ianya mencakupi segenap aspek.. pembelajaran kita, kepekaan kita pada isu semasa kerana kita ini tunjang dan tulang belakang negara... Kelesuan pada Akhlak Islamiyyah merudumkan nilai mahasiswa itu sendiri.
Bila seseorang atau mahasiswa itu beradab yakni mengaplikasi ISLAM itu dalam hidup, pasti istilah kelesuan ini tidak akan wujud. Contoh mudah.. Berapa ramai diantara kita ini memperbaharui nawaitu kita setiap pagi?? memulakan sesi kuliah dengan membaca Al-fatihah?? belajar di peringkat universiti demi meraih segenggam ijazah demi kerja yang dinanti tanpa peduli hal lain??
ISLAM bukan mengajar seperti itu. Bila kita sedar akan taklifan kita selaku seorang muslim.. dorongan itu akan menjadi Ikhlas.. lalu membuatkan kita proaktif dalam melaksanakan ISLAM itu disegenap ruang.. hatta isu semasa sekalipun.. Kesedaran kita itu kurang.. kurang sangat.
Ana hargai dan menghormati pandangan lain namun disini ana tegaskan bahawa mahasiswa kita sekarang ini memang LESU... buktinya, tiada lahirnya mahasiswa yang berkredibiliti.. setaraf kredibilitinya pemimpin terdahulu...
Cukup disini dahulu ulasan dan perkongsian pendapat... mid semester test untuk Criminal law tak revision habis lagi... sekarang kelas Consti and administrative law pulak.. insyaAllah ada masa, Ana berkongsi lagi..
~Nature mujahid
No comments:
Post a Comment
Coretan Antum ^ ^