Tuesday, 8 May 2012

SEBIRU HARI ITU




sebiru hari itu..
indah-indah saja..
salam ukhwah 
salam permulaan 
salam erat-genggam 
juga perpisahan..




sebiru hari itu..
walau seribu halangan

walau seribu rintangan..
atas satu syahadah

kebersamaan kami yang satu..
insyaAllah.






sebiru hari itu..
”oh kasut ini tapaknya haus..
pengembara mungkin?”
”kasut ini agak trendy dan brandy..

orang kaya-kaya kita?”
”kasut ini..kemas!..tiada rumput..
mungkin orang yang mengikut 
undang-undang..” 


kreatif... aku suka! 


sesi ta'aruf yang unik
meski kenal sekejap itu nama
akan pasti 
muka-muka ini dirakam jelas 
di kotak memori



sebiru hari itu..
main kejar-kejar cuma..
biarlah kebudak-budakan..
kami cuma mesra-mesra saja..
riang ceria cara kami bersama


sebiru hari itu..
mungkin acara kemuncak itu 

makan-makan dan makan..
tapi kami kongsi-kongsi hepi aja..
cukup tapi sikit bukan lebih..

asalkan habis..

bukankah itu berkat?





oh yea..

sebiru hari itu..
senior-senior mengimbau sejarah lepas..
sedikit sebanyak perdebatan persoalan 

jiwaku mereka kupas..
yang mana aku kusut nak jawab..

jawapan mudah dari mereka..
percaya sama Tuhan..
Yakin 100% dengan Tuhan..

SOLID!
you`re not ALONE!..



aku 
senyum-senyum kambing 
saja..
iya..

sebiru hari itu..
terima kasih kenalan-taulan..
bukankah kita macam telah lama kenal?
selamat jalan teman..

teruskan berjuang-thabat!
moga masih ada selepas ini pertemuan..
indah-indah saja harapnya lagi..
moga makin erat genggam ukhwah..



tiada bye-bye
tiada selamat tinggal
tiada sayonara
yang cuma ada..”be rite back”

walau TERpisah..
itukan sementara?
ayuh! 
pengang tanganku 
kita jumpa di ‘sana’
sungguh, 
aku cinta 
kamu...
kamu.


by: Naturemujahid

No comments:

Post a Comment

Coretan Antum ^ ^