Tuesday, 24 December 2013
WARKAH UNTUK BIDADARI
Posted by
Naturemujahid
Bismillah Alhamdulillah
Kehadapan
buat bidadari dunia..
Kaum Adam itu pemimpin bagi kaum hawa..
selaku itu, ingin ku berpesan pada semua
bidadari dunia ciptaan Allah ini..
Jika benar nilai antuna semua setinggi mahar Islam,
amalkanlah pesan daripadaku.
Pesan yang Rasulullah kiaskan
dalam khutbah terakhirnya.
"Jadikan dirimu seperti Pohon semalu,
Protective dan tebal rasa malu"
"Jadikan dirimu ibarat Kaktus...
yang bukan mudah disentuh, malah yang
mencuba akan terluka.."
"Jadilah seperti Durian,
berdiri teguh, tahan lasak dengan dugaan..
tidak goyah soal perasaan"
"Dulu dirimu hendak menjadi mawar berduri..
sungguh indah tpi sukar dipetik..
...
namun.. mawar senang layu
bila sudah dipetik"
Sekadar bingkisan peringatan
daripada diri Adam yang lemah..
peringatan buat diri Adam...
Thiqahkan peribadimu.
Kata dirimu pemimpin!!!
Al-fakir Alallah
(~Nature Mujahid)
KEPAHITAN YANG PERGI
Posted by
Naturemujahid
Bismillah Alhamdulillah
Biar kepahitan itu pergi
agar kemanisan mengisi...
Biar kegelisahan lenyap,
jangan kita halang semangat
Biar kekecewaan berlalu.......
agar kegembiraan mewarnai,
Biar penderitaan itu menyapa,
agar kekuatan kita jana semula..
Biar diri ini derita
agar aku tahu kepahitannya..
Agar aku sedar...
kesengsaraan ini tidak sama.
bahkan,
....
Hanya secebis dari
penderitaan Rasulullah s.a.w
by: Nature mujahid
SECAWAN COKLAT PANAS
Posted by
Naturemujahid
Bismillah Alhamdulillah
Aroma kopi dan waffle semerbak mewangi menghiasi kafe yang ditatahi dengan hiasan ala-ala western tapi penuh energetik.
Suasana ceria dengan para pelayan yang simpuh menutupi aurat menyejukkan lagi mata memandang. Halwa telinga dilingkari dengan merdunya instrumental zikir, cukup membangkitkan jiwa hamba di pagi hari
"Assalammualaikum, hot chocolate dan blueberry muffin macam biasa ya."
"wa'alaikumussalam. InsyaAllah, encik sila tunggu di meja nombor 11"
............
Kafe yang penuh sesak di pagi hari bukan saja dikunjungi oleh ramai muslim tetapi not yet muslim juga. Mungkin keramahan dan telus layanan di cake house ini puncanya.
"suka sangat cake house ni, layanannya mesra, service 5 bintang dan menu pun kelas"
"ya"
...............
Hidangan sarapan pun tiba di meja nombor 11, dihantar oleh seorang pelayan lelaki yang bersih lagi kemas pemakaiannya..
"Encik, ini set sarapannya"
"terima kasih"
"nothing better than a cup of hot choco in the morning"
Air coklat dihirup sambil mata terpejam. menikmati aroma haruman.
"ya.. better if it can solve my problem" keluh Hafiz
"chill lah piz, takda yang tidak boleh diselesaikan." Adnan memberi semangat
"Aku tak leh lah tengok si Saad tu, dia saingan aku."
"owh, member sekerja ko yang nampak arrogant sikit tu?"
"sikit?? banyak kot.."
tambahnya lagi "dia tu hipokrit, orang lain buat kerja dia pula dapat nama, nanti dapat pangkat dia juga.. bla..bla.."
Dalam asyik mencurahkan perasaan, seorang lelaki berkopiah putih dengan wajah yang bersih dan janggut sedikti rapi tersusun menghampiri meja sambil membawa 3 hiris kek Oreo
"Assalammualaikum, nak join bole?"
"Waalaikumussalam" jawab mereka serentak
"Silakan Ustaz" pelawa Hafiz
"rancak bersembang, gossip apa pagi ni?" sambil senyuman manis terukir
"ehh.. haha, takda lah Ustaz, Apiz ni citer tempat kerja dia"
"ana gurau je lah. Ana dengar apa yg antum berdua bincangkan, suara Apiz cukup kuat"
Ketiga-tiga mereka gelak kecil, menghidupkan lagi suasana cake house di pagi hari..
"Amacam? sedap tak coklat panas tu?" senyum sambil memandang manis kearah Hafiz.
"Sedap seperti biasa ustaz. ngee, nak resipi?"
"haha, bole insyaAllah"
"nak tahu tak, secawan coklat ni mirip seperti hidup kita"
"secawan coklat? maksud ustaz?" kedua-dua nampak berminat
"Kehidupan ibarat coklat panas tu, pekerjaan, kewangan dan harta pula ibarat cawan"
"kalau kita terlalu cemburu dan iri hati dengan cawan yang dimiliki oleh rakan, jiran dan musuh kita, kita tidak menikmati coklat panas dalam cawan kita. Jangan sia-siakan perhatian dan jiwa kita kepada cawan yang digunakan oleh mereka, tapi berilah tumpuan dan nikmatilah coklat panas didepan kita."
Hafiz dan Adnan merenung dalam ke cawan masing-masing.. sungguh runut
"Happiness and blessing is not something that depend on others view, but it's something that we treasure " tambahnya lagi
Kedua pemuda tadi masih merenung kearah cawan masing-masing sambil runut pandangan tanpa berkelip.
"Hafiz, Adnan.. kusyuk ja?"
"eh.. maaf ustaz, sentap dengan tazkirah ustaz tu" Hafiz
"Baru saya tahu, secawan minuman ni begitu banyak yang kita boleh pelajari" Adnan menyokong.
"Alhamdulillah, habiskan kek ni ya, Ana belanja"
"Makasih ustaz.." serentak menjawab
............
Jauh disudut hati Hafiz, dia bertekad untuk tidak memfokuskan lagi perhatiannya itu kearah yang membuang masa tetapi lebih menghargai hidup.
Monday, 23 December 2013
ISTIKHARAH & ISTISYARAH
Posted by
Naturemujahid
Bismillah Alhamdulillah
Ilmu baru bagi diri ini.. perkongsian daripada blog seorang
sahabat ana yang hebat orangnya.. moga bermanfaat.
"saya
setuju menerima ustaz dengan satu syarat.” Kata muslimah itu
“Ustaz
akan jadi suami kedua saya” dia menambah.
“Uhuk
uhuk uhuk” air yang baru sahaja mengalir masuk ke urat leher saya seperti
tersembur keluar.
Teh o
panas pula tu.
“Cover cover” hati membisik. Saya
cuba mengawal perasaan.
Hati
yang berdebar Tuhan saja yang tahu. Warna muka ketika itu kalau boleh dilihat
di cermin dah iras-iras warna albino dah.
“Kalau
macam tu, siapa suami pertama ustazah?” saya cuba membalas dengan wajah penuh ketenangan. Kawal
perasaan.
“Suami
pertama saya ialah da’wah dan Islam. Setelah itu barulah ustaz”
“Ooo”
cawan yang masih saya pegang itu perlahan saya letakan di atas piringnya
.
“Alhamdulillah….
” hati membisik syukur.
“Muslimah
ini jelas dalam tujuan kehidupan rumahtangganya”.
TAA’RUF
Mana
mungkin saya akan terlupa sebuah rumah di Taman Melewar, yang hanya berselang 3
lorong sahaja dari Markaz Tarbiah PAS. Rumah
3 tingkat berwarna hijau putih itu tidak mungkin akan terluput dari fikiran
saya.
Kerana
rumah yang menjadi saksi tempat pertemuan saya buat pertama kali dengan bakal
jodoh saya itu milik murabbi kami, seorang pensyarah Kulliyyah Pendidikan
di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak.
Ketika
pertemuan itu berlangsung, di bahagian ruang tamu rumah hanya ada 4 orang
sahaja. Berada di kiri saya ialah tuan rumah, murabbi kami. Di
hadapan saya ialah muslimah tersebut dan di kirinya ialah wakil dari baitul
Muslim.
“Saya
mahu dia menjadi seorang ayah yang soleh untuk anak-anak saya. Saya tidak mahu
nakhoda saya seorang yang panas baran atau perengus. Saya mahu nakhoda yang
sukakan kanak-kanak. Saya mahu bakal nakhoda saya boleh memimpin saya ke
syurga”
“Thoo dia syaraaat…boleh buat karangan. Banyak
betul. Tadi kata satu ja” bisik hati saya nakal.
PESANAN ISTISYARAH SEBELUM ISTIKHARAH
Ramai
yang bersangka istikharah (solat istikharah)
ialah satu-satunya tindakan yang perlu dilakukan dalam mencari jodoh. Betul
tetapi kurang tepat.
Kerana istisyarah (memohon pandangan dari orang yang
berilmu) juga harus dilakukan bersama dengan istikharah. Saat
kami bertemu di rumah murabbi kami, kami berisytisharah dan
seusai itu kami beristikharah.
“ Dalam nak memulakan hubungan ni
sewaktu ta’aruf, semua nampak cantik dan menjadi malaikat
berwajah manusia. Apa-apa syarat yang diletakkan orang ‘pasangannya’ semuanya
akan setuju. Tetapi setelah itu tunggang langgang jadinya”
“ Nta
dah kenal ke orang yang nta nak approach ni?”
Tanya murabbi.
Matanya
rapat memerhatikan riak wajah saya. Murabbi kami ni memang dikenali ramai,
kalau dia buat ‘pandangan ma’rifat’ dia tu, boleh goyah pendirian.
“Nta
dah approach mak ayah dia sebelum nta approach muslimah ni?”
“ Apa
yang membuatkan nta nak approach muslimat
ni?”
“
Kenapa tak pilih muslimat lain sebagai calon isteri nta? Nta bidang agama, dia
pula bukan bidang agama. Payah nak hidup nanti”
Dan
banyak lagi tembakan soalan-soalan daripada murabbi kepada saya di hadapan
muslimah ini.
Ye
betul, di hadapan muslimah ini.
“Ana
bukan apa, ana tak mahu hubungan ini dimulai secara melulu kerana ia akan
disudahi dengan nafsu dan sesalan”
Sungguh,
tindakan kami memohon pandangan daripada orang yang berilmu dalam bab jodoh ini
sangat membantu dalam hubungan. Yang membuatkan tindakan kami selanjutnya
dipandu oleh beliau.
BERTINDAK
MELULU BERIMAN NAFSU
Tapi
pelik, ramai juga yang tidak suka meminta pandangan golongan berilmu dan
berpengalaman dalam bab memilih pasangan ini.
Leceh
katanya. Nanti
itu tak kena, ini tak kena. Baik pilih sendiri. Lagipun bukan diorang yang nak
kahwin. Nak
tanya golongan ustaz atau ustazah?
Ohoo,
itu memang cari nahas la. Tak pasal-pasal kerana sound nanti. Pelik. Mereka
ini bertindak seperti orang yang sudah mempunyai banyak pengalaman dan ilmu
masa hadapan.Harus
juga kita ingat.
Penilaian
seorang insan yang baru sahaja ingin memulakan ‘subjek’ baru dalam
kehidupannya; iaitu hidup berpasangan, tidak akan sama dengan insan yang sudah
mempunyai pengalaman yang banyak dalam ‘subjek’ tersebut.
Orang
yang berilmu ini tahu bagaimana nak tackle soalan,
mereka tahu bagaimana nak spot soalan dan
mereka tahu bagaimana nak bagi pensyarah kesian. Penilaian
golongan muda ini dilakukan sewaktu hormon testosteronnya tengah ‘menggatal’
dan hormon estrogennya tengah ‘menggalak’. Tentunya penilaiannya ketika
itu sedikit sebanyak didasari dan dipengaruhi oleh gelojak nafsu remajanya.
Ia
bukan sesuatu yang jahat, tetapi ia adalah fitrah. Sebab itulah meminta
pandangan daripada orang yang berilmu akan dapat mengimbangi fitrah tersebut.
Istisyarah dari orang yang berilmu ini
untuk mengutip pengalaman mereka dalam pemilihan jodoh agar nilai baik
yang mereka lakukan kita turuti, silap mereka kita hindari. Andai Istisyarah dilakukan untuk mengambil panduan dari
insan yang berpengalaman dalam melewati asam garam kehidupan, istikharah pula dilakukan untuk memohon pengukuhan
pandangan insan itu dari Tuhan yang Maha Mengetahui.
Bukankah
kalau nak belajar subjek baru perlu menadah dari guru?
Dari
itu, kalau takde ilmu dalam hidup berpasangan kenapa tak mahu menadah dari
orang yang berilmu?
Bukankah
itu fitrah insan.
Sumber: ridhauddin.com
Di edit oleh : Naturemujahid
Di edit oleh : Naturemujahid
Sunday, 22 December 2013
GHIRAH AGAMA
Posted by
Naturemujahid
Bismillah Alhamdulillah
Andai kata Ghirah agama telah tiada,
apalah lagi maknanya diberi lama hidup
sebagai khalifah diatas dunia?
Sudahlah kepala sendiri
bagai alas pajakan kaki kuffar pun
masih mampu menguntum senyuman.
Saat agama ditikam
dari segenap arah....
kita dimana???
Andai Ghirah agama kita sirna,
mati itu pasti lebih baik
daripada hidup adanya.
by : Naturemujahid
SIDDIQ
Posted by
Naturemujahid
Bismillah Alhamdulillah
Siddiq atau benar adalah asas kemuliaan. Ianya lambang kebahagiaan, tanda kesempurnaan dan gambaran daripada tingkah laku yang bersih lagi suci.
Sifat ini juga adalah sifat keistimewaan yang paling jelas bagi para rasul dan nabi. Siddiq memberikan ketenangan kepada jiwa yang mulia. Ianya juga berpunca bagi setiap sifat kemuliaan. Sebagaimana mulianya Sayyidina Abu Bakar r.a di sisi Allah s.w.t
Siddiq juga merupakan amalan ahli Syurga.
Sifat ini terdiri daripada :
>> Benar pada Niat
>> Benar pada Lidah
>> Benar pada Azam dan Cita-cita
>> Benar pada Janji dan Amanah
Berlaku benarlah kalian...
++ BILAHAN RINDU BERSULAM TAKUT ++
Posted by
Naturemujahid
Bismillah Alhamdulillah
Bila seseorang itu takut akan sesuatu, lumrahnya dia akan menjauhi sesuatu yang ditakutkannya itu, tetapi tiada yang bisa menyerupai Allah hatta dari segi Dzat sekalipun. Insan yang takut kepada Alla bukan makin menjauh tapi semakin mendekat padaNYA.
Salah satu anugerah terbesar yang Allah berikan kepada manusia selepas nikmat Islam dan Iman ialah Taqwa. Ustaz Din dalam kelas kitab pengajian fiqh setiap hari rabu di bukit Kachi ba'da Maghrib pernah berkata. Taqwa ini bermaksud "Menjunjung tinggi titah perintahmu ya Allah"
Aku menjunjung titah perintahMu ....
apa maksudnya disitu??
Jelas terlafaz suara kehambaan kepadaNYA Allah azza wajallah kerna Dia satu-satunya tuhan yang disembah. Orang-orang yang bertaqwa tidak akan berlaku Syirik dan Derhaka kepada Allah kerana takut dimurkai oleh Allah.
Orang yang Taqwa bertakhta dihatinya tidak akan berlaku zalim, bersifat Hasad dan seumpamanya.
Tuan Guru Haji Hadi Awang (Presiden PAS) berkata bila ditanya apa itu Taqwa? beliau menjawab ianya merupakan bilahan rindu bersulam takut kepada Allah s.w.t
Iman itu bertelanjang, pakaiannya ialah Taqwa, perhiasannya ialah malu dan buahnya ialah ilmu.
6 Sifat yang terbentuk dalam jiwa orang bertaqwa
1. Lidahnya terpelihara daripada dusta, memfitnah dan mencaci maki
2. Hatinya terpelihara daripada sifat hasad, perasaan benci dan dendam
3. Matanya terpelihara daripada memandang yang terlarang
4. Perutnya terpelihara daripada makanan haram
5. Tangannya terpelihara daripada melakukan dosa
6. Kaki tidak melangkah ke tempat-tempat Maksiat
. . . . . . .
Letakkan saja Taqwa dihadapanmu... segalanya biar Allah yang aturkan.
TANGISAN NEGERI SERIBU MENARA
Posted by
Naturemujahid
Bismillah Alhamdulillah
isu di Mesir masih belum selesai. Isu ummah itu kian melarat
dan seolah kelihtan tiada kesudahannya. Allah bersama mereka
yang benar insyaAllah.
Sedikit nukilan daripada Oki setiana Dewi
akan peristiwa di Mesir semenjak beberapa lama ini.
Saat pertama kali aku menjejakkan kaki di Mesir
Aku kagum dengan pesona keindahannya
Takjub dengan masyarakat yang mencintai Rabb-Nya
Iri dengan ketaatan mereka yang memakmurkan masjid
Aku kagum dengan pesona keindahannya
Takjub dengan masyarakat yang mencintai Rabb-Nya
Iri dengan ketaatan mereka yang memakmurkan masjid
dan menggemakan ayat - ayat suci Al Qur'an
di sudut-sudut kota...
Aku jatuh cinta pada rakyatnya
Aku jatuh cinta pada rakyatnya
saat sejak pertama kali jumpa
Cinta yang tumbuh subur karena
Cinta yang tumbuh subur karena
ada Islam di dadaku dan dada mereka...
Kala itu Mesir begitu indah ,
Kala itu Mesir begitu indah ,
begitu tentram, begitu mempesona...
Negeri lumbung ilmu
Negeri lumbung ilmu
yang telah banyak menghasilkan jutaan ulama
di seluruh penjuru dunia kini tengah menangis pilu..
Negeri kinanah kini berdarah!
Negeri para Anbiya kini teruka!
Negeri seribu menara kini diserang membabi buta!
Wahai Militer Mesir!
Entah apa yang ada di hati dan kepalamu
Begitu mudahnya dada manusia kau tembus dengan peluru
Kau menarik picu senjata
Negeri kinanah kini berdarah!
Negeri para Anbiya kini teruka!
Negeri seribu menara kini diserang membabi buta!
Wahai Militer Mesir!
Entah apa yang ada di hati dan kepalamu
Begitu mudahnya dada manusia kau tembus dengan peluru
Kau menarik picu senjata
bahkan saat mereka tengah menhadapkan wajah pada Rabb-Nya!
Wahai Militer Mesir!
Kau solat!
Wahai Militer Mesir!
Kau solat!
Tapi kau hancurkan orang-orang
yang sedang solat di dalam masjid!
Ribuan syuhada,
Ribuan syuhada,
belasan ribu terluka kerena peluru-peluru yang kau serang!
Dari helikopter dan gedung-gedung tinggi
Kau sebarkan gas-gas airmata
Dari helikopter dan gedung-gedung tinggi
Kau sebarkan gas-gas airmata
dan membakar tenda-tenda yang tengah dihuni!
Kau bakar rumah sakit yang di dalamnya berkumpul timbunan jenazah
Kau bakar rumah sakit yang di dalamnya berkumpul timbunan jenazah
dan para pasien yang tengah terluka parah!
Mesir porak poranda karena nafsu manusia
Karena ulah manusia yang rakus akan kekuasaan
Kami mengecam tindakan kejam yang menelan korban jiwa!
Kami mengecam cara-cara brutal militer Mesir
Mesir porak poranda karena nafsu manusia
Karena ulah manusia yang rakus akan kekuasaan
Kami mengecam tindakan kejam yang menelan korban jiwa!
Kami mengecam cara-cara brutal militer Mesir
yang semuanya bertentangan dengan syariat agama
dan hukum kemanusiaan!
Hentikan pertumpahan darah di Mesir!
Hentikan kejahatan kemanusiaan yang tak beradab!
Tetap tegarlah Wahai Mesir...
Allah bersamamu...
Hentikan pertumpahan darah di Mesir!
Hentikan kejahatan kemanusiaan yang tak beradab!
Tetap tegarlah Wahai Mesir...
Allah bersamamu...
Oki Setiana Dewi
Jakarta, Bundaran Hi , 19 Agustus 2013
- Seruan Aksi Indonesia #SaveEgypt -
AKU BERSYUKUR
Posted by
Naturemujahid
Bismillah Alhamdulillah
AKU BERSYUKUR
KERNA AKU TIDAK CANTIK,
KERNA AKU TIDAK CANTIK,
HIKMAHNYA
AKU TIDAK MENJADI PERHATIAN PARA LELAKI.
AKU
BERSYUKUR
KERNA AKU TIDAK KACAK,
KERNA AKU TIDAK KACAK,
HIKMAHNYA
AKU TIDAK MENJADI PERHATIAN OLEH
PARA MANUSIA
YANG MASIH HIDUP ZAHIRNYA.
AKU BERSYUKUR
KERNA AKU SELALU DIHINA MASYARAKAT,
KERNA AKU SELALU DIHINA MASYARAKAT,
HIKMAHNYA
AKU TAHU ALLAH SENTIASA SAYANGKAN AKU.
AKU
BERSYUKUR
KERNA DIANGGAP BODOH,
KERNA DIANGGAP BODOH,
HIKMAHNYA
AKU SEDAR DATANGNYA ILMU ITU
BUKAN
DALAM DIRI AKU
SEMATA PINJAMAN DARI TUHAN.
AKU BERSYUKUR
TIDAK DIKENALI,
TIDAK DIKENALI,
HIKMAHNYA
KURANGLAH AKU TERLIBAT DENGAN CERITA
MANUSIA YANG MEROSAKKAN HATIKU.
AKU BERSYUKUR
TIDAK DIANGGAP MULIA DISISI MANUSIA,
TIDAK DIANGGAP MULIA DISISI MANUSIA,
HIKMAHNYA
AKU BELAJAR UNTUK
UTAMAKAN FOKUS
HUBUNGAN AKU DENGAN ALLAH.
AKU AKAN SENTIASA BERSYUKUR
DAN TERUS BERSYUKUR
DAN TERUS BERSYUKUR
DENGAN KURNIAN DAN
TAQDIR ALLAH KEPADA AKU.
TAQDIR ALLAH KEPADA AKU.
KERNA AKU AKAN SENTIASA
SEDAR
AKU DAN DIA
TIDAK AKAN PERNAH TERPISAH.
TIDAK AKAN PERNAH TERPISAH.
KERNA AKU TAHU DISEBALIK ITU
TERSINGKAP SEGALA RAHSIA
DI DALAM RAHSIA.
DI DALAM RAHSIA.
~ KALAM MAJNUN.
Subscribe to:
Posts (Atom)