Saturday, 21 December 2013

++ BILAHAN RINDU BERSULAM TAKUT ++

Bismillah Alhamdulillah


Bila seseorang itu takut akan seseatu, lumrahnya dia akan menjauhi sesuatu yang ditakutkannya itu, tetapi tiada yang bisa menyerupai Allah hatta dari segi Dzat sekalipun. Insan yang takut kepada Alla hbukan makin menjauh tapi semakin mendekat padaNYA. 

Salah satu anugerah terbesar yang Allah berikan kepada manusia selepas nikmat Islam dan Iman ialah Taqwa. 

Ustaz Din dalam kelas kitab pengajian fiqh setiap hari rabu di bukit Kachi ba'da Maghrib pernah berkata. Taqwa ini bermaksud "Menjunjung tinggi titah perintahmu ya Allah

Aku menjunjung titah perintahMu .... 

apa maksudnya disitu??

Jelas terlafaz suara kehambaan kepadaNYA Allah azza wajallah kerna Dia satu-satunya tuhan yang disembah. Orang-orang yang bertaqwa tidak akan berlaku Syirik dan Derhaka kepada Allah kerana takut dimurkai oleh Allah.

Orang yang Taqwa bertakhta dihatinya tidak akan berlaku zalim, bersifat Hasad dan seumpamanya. 

Tuan Guru Haji Hadi Awang (Presiden PAS) berkata bila ditanya apa itu Taqwa? beliau menjawab ianya merupakan bilahan rindu bersulam takut kepada Allah s.w.t

Iman itu bertelanjang, pakaiannya ialah Taqwa, perhiasannya ialah malu dan buahnya ialah ilmu.

6 Sifat yang terbentuk dalam jiwa orang bertaqwa

1. Lidahnya terpelihara daripada dusta, memfitnah dan mencaci maki
2. Hatinya terpelihara daripada sifat hasad, perasaan benci dan dendam
3. Matanya terpelihara daripada memandang yang terlarang
4. Perutnya terpelihara daripada makanan haram
5. Tangannya terpelihara daripada melakukan dosa
6. Kaki tidak melangkah ke tempat-tempat Maksiat

. . . . . . . 

Letakkan saja Taqwa dihadapanmu... segalanya biar Allah yang aturkan.

No comments:

Post a Comment

Coretan Antum ^ ^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...