Friday, 20 December 2013

ADA APA SAMA BULAN?

Bismillah Alhamdulillah


Menjengah ke langit malam di 13-15 safar mempersonakan peribadi dan pandangan diri akan keagungan Allah. Saat awan berarak menutupi kilauan rembulan yg dipagari bintang, terbias cahaya itu tidak surut ditelan kelam.

Purnama.. atau "full moon" sungguh sinonim pada kita semua, kerana keindahan dan pesona kemilaunya yang memukau penglihatan. SubhanAllah.. indah sungguh ciptaan Al-khaliq.

ermmm.. sebut tentang purnama ni, banyaklah kisah disebaliknya antara yang popular ialah:

- Serigala jadian
- Ahli sihir
- hantu

dan banyak lagilah.. 

bagi ahli astrologist pula mahupun geografi ilmu, bulan mempengaruhi pasang-surutnya air, air pasang perbani mahupun air pasang rendah.

Namun bukan itu yang ingin diri ini sentuh..

"Kau bagai bulan... purnama, cahayanya menerangi kami...
kau contoh akhlak terpuji..."


Sollatu wassalamu ala sayyidina Muhammad wa ala aliy wa sohbihi wassalam

Ya..

Rahmatan lil alamin.. itulah dia peribadi mulia Rasulullah s.a.w

Setiap kali melihat bulan purnama, ana akan terasa teruja yang amat sangat. begitu mempersonanya purnama yang berkilau di dada langit... jika seindah ini dipandang dan tidak jemu dilihat, apatah lagi Rasulullah s.a.w??

Tatkala Jabir Samurah menatap wajah Rasulullah s.a.w  di malam terang bulan, ia berkata "aku memandang wajah nabi, lalu melihat kearah bulan. Maka bagiku beliau jauh lebih indah daripada bulan yang memancarkan cahaya itu"

SubhanAllah...

So..

Next time bila kalian semua melihat bulan, lazimi zikir dan Selawat.. Moga kita dipertemukan dengan Rasulullah.

Sollu alan Nabiy

Naturemujahid

No comments:

Post a Comment

Coretan Antum ^ ^