Saturday, 21 December 2013

REVEAL

Bismillah Alhamdulillah


AKU BERSYUKUR KERNA AKU TIDAK CANTIK, 
HIKMAHNYA 
AKU TIDAK MENJADI PERHATIAN PARA LELAKI. 

AKU BERSYUKUR KERNA AKU TIDAK KACAK, 
HIKMAHNYA 
AKU TIDAK MENJADI PERHATIAN OLEH PARA MANUSIA 
YANG MASIH HIDUP ZAHIRNYA. 

AKU BERSYUKUR KERNA AKU SELALU DIHINA MASYARAKAT, 
HIKMAHNYA 
AKU TAHU ALLAH SENTIASA SAYANGKAN AKU. 

AKU BERSYUKUR KERNA DIANGGAP BODOH, 
HIKMAHNYA 
AKU SEDAR DATANGNYA ILMU ITU 
BUKAN DALAM DIRI AKU 
SEMATA PINJAMAN DARI TUHAN. 

AKU BERSYUKUR TIDAK DIKENALI, 
HIKMAHNYA 
KURANGLAH AKU TERLIBAT DENGAN CERITA 
MANUSIA YANG MEROSAKKAN HATIKU. 

AKU BERSYUKUR TIDAK DIANGGAP MULIA DISISI MANUSIA, 
HIKMAHNYA 
AKU BELAJAR UNTUK 
UTAMAKAN FOKUS 
HUBUNGAN AKU DENGAN ALLAH. 

AKU AKAN SENTIASA BERSYUKUR DAN TERUS BERSYUKUR 
DENGAN KURNIAN DAN TAQDIR ALLAH KEPADA AKU. 
KERNA AKU AKAN SENTIASA SEDAR 
AKU DAN DIA TIDAK AKAN PERNAH TERPISAH. 
KERNA AKU TAHU DISEBALIK ITU 
TERSINGKAP SEGALA RAHSIA DI DALAM RAHSIA. 

~ KALAM MAJNUN.

No comments:

Post a Comment

Coretan Antum ^ ^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...