Bismillah Alhamdulillah
Allah bersumpah dengan masa dalam surah Al-Asr menunjukkan signifikan pentingnya ia. Terjemahan surah Al-Asr berbunyi :
"Demi masa, sungguh manusia itu berada dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan
serta saling menasihati untuk kebenaran
dan menasihati untuk kesabaran"
Berapa ramai kita hari ini yang berada dalam kerugian masa?
Berapa ramai pula yang sedar tapi tiada tindakan diambil?
Berapa ramai juga yang tidak sadar dan terus hanyut di bawa arus?
Sungguh, firman Allah itu benar, bersama mengambil ibrah. Tapi bagamana? apa yang harus dilakukan untuk tidak kerugian ini?
Jadilah orang yang beriman.... itu kuncinya. Bila Iman dalam diri itu ada, insyaAllah kita akan melaksanakan kebajikan juga saling menasihati untuk kebenaran dan kesabaran.
Menjadi yang 'BERIMAN' saja tidak cukup andai sunnatullah alam tidak diambil kira.
. . . . . . .
Ciri-ciri MASA
1. Pantas
2. Tidak akan berulang
3. Sangat bernilai
Tiga ciri terpenting ini yang membuat apa itu masa sebenarnya. Masa berlalu pantas dan juga tidak berulang, apa yang sudah dilalui hari ini tidak akan terulang kembali ke waktu dulunya.
Dalam dimensi masa ini juga, terdapat jerat-jerat yang tersedia untuk manusia seperti kita. Awasilah jerat tersebut..
Jerat MASA
1. Mudah bersimpati
2. Suka berkhayal
3. Buat keputusan melulu
4. Kurang tegas
5. Kurang disiplin diri
6. Pergaulan tak perlu
7. Sering beri alasan
8. Selalu tertekan
9. Suka bertangguh
10.Tiada matlamat
11.Tiada keutamaan
12.Ragu-ragu semsa membuat keputusan
13.Pengaruh media elektronik
14.Konflik dan krisis peribadi
. . . . . . .
Punca-punca pembaziran MASA
1. Tiada jadual sistematik
2. Kerja tidak dirancang
3. Tidak berdisiplin
4. Gangguan kawan
5. Tiada semangat belajar (bg pelajar)
6. Tiada kecekapan
Usah risau jika dikatakan kepada kalian yang kalian seorng yang rigid pada masa. Biarkan saja, kerna kalian tahu masa itu sungguh berharga, lebih bernilai daripada emas.
Ayuh bertanya pada diri......
Dalam tempoh 24Jam yang Allah berikan ini, berapa minit atau jam yang kita peruntukkan istimewa untuk Allah? (tolak ibadah wajib)
berapa masa kita bahagi untuk studi kita (jika anda seorang pelajar?)
So kuncinya ialah.. TIME MANAGEMENT.
How???
Dibawah ini ana sediakan combat kit untuk mengurus masa.
1. Matlamat hidup kena clear
2. Kecilkan skop matlamat hidup itu kepada dua iaitu (Long term) & (short term)
Long term boleh di setkan dalam 1 tahun paling kurang manakala short term boleh di setkan untuk bulanan.
Untuk mencapai Long term ini, Jadual waktu Mingguan kena ada..
(Ini weekly timetable ana)
Segala perancangan umum dan general di letakkan di dalam jadual ini supaya kita dapat gambaran awal untuk memandu kita.
Skop itu kemudiannya dikecilkan pula melalui jadual harian (daily Schedule) seperti dibawah
Sample to-do list pula seperti dibawah
To-do list berfungsi sebagai check list untuk aktiviti dan tugasan kita hari ini supaya kita tidak lari daripada matlamat yang hendak disiapkan. Kelihatan agak leceh tapi insyaAllah jika di praktiskan, akan menjadi mudah.
Jaga dan aturlah masamu dengan sebaiknya..
Tangguh dengan kafaratul majlis dan Surah Al-Asr..
No comments:
Post a Comment
Coretan Antum ^ ^