Bismillah Alhamdulillah
Ilmu baru bagi diri ini.. perkongsian daripada blog seorang
sahabat ana yang hebat orangnya.. moga bermanfaat.
"saya
setuju menerima ustaz dengan satu syarat.” Kata muslimah itu
“Ustaz
akan jadi suami kedua saya” dia menambah.
“Uhuk
uhuk uhuk” air yang baru sahaja mengalir masuk ke urat leher saya seperti
tersembur keluar.
Teh o
panas pula tu.
“Cover cover” hati membisik. Saya
cuba mengawal perasaan.
Hati
yang berdebar Tuhan saja yang tahu. Warna muka ketika itu kalau boleh dilihat
di cermin dah iras-iras warna albino dah.
“Kalau
macam tu, siapa suami pertama ustazah?” saya cuba membalas dengan wajah penuh ketenangan. Kawal
perasaan.
“Suami
pertama saya ialah da’wah dan Islam. Setelah itu barulah ustaz”
“Ooo”
cawan yang masih saya pegang itu perlahan saya letakan di atas piringnya
.
“Alhamdulillah….
” hati membisik syukur.
“Muslimah
ini jelas dalam tujuan kehidupan rumahtangganya”.
TAA’RUF
Mana
mungkin saya akan terlupa sebuah rumah di Taman Melewar, yang hanya berselang 3
lorong sahaja dari Markaz Tarbiah PAS. Rumah
3 tingkat berwarna hijau putih itu tidak mungkin akan terluput dari fikiran
saya.
Kerana
rumah yang menjadi saksi tempat pertemuan saya buat pertama kali dengan bakal
jodoh saya itu milik murabbi kami, seorang pensyarah Kulliyyah Pendidikan
di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak.
Ketika
pertemuan itu berlangsung, di bahagian ruang tamu rumah hanya ada 4 orang
sahaja. Berada di kiri saya ialah tuan rumah, murabbi kami. Di
hadapan saya ialah muslimah tersebut dan di kirinya ialah wakil dari baitul
Muslim.
“Saya
mahu dia menjadi seorang ayah yang soleh untuk anak-anak saya. Saya tidak mahu
nakhoda saya seorang yang panas baran atau perengus. Saya mahu nakhoda yang
sukakan kanak-kanak. Saya mahu bakal nakhoda saya boleh memimpin saya ke
syurga”
“Thoo dia syaraaat…boleh buat karangan. Banyak
betul. Tadi kata satu ja” bisik hati saya nakal.
PESANAN ISTISYARAH SEBELUM ISTIKHARAH
Ramai
yang bersangka istikharah (solat istikharah)
ialah satu-satunya tindakan yang perlu dilakukan dalam mencari jodoh. Betul
tetapi kurang tepat.
Kerana istisyarah (memohon pandangan dari orang yang
berilmu) juga harus dilakukan bersama dengan istikharah. Saat
kami bertemu di rumah murabbi kami, kami berisytisharah dan
seusai itu kami beristikharah.
“ Dalam nak memulakan hubungan ni
sewaktu ta’aruf, semua nampak cantik dan menjadi malaikat
berwajah manusia. Apa-apa syarat yang diletakkan orang ‘pasangannya’ semuanya
akan setuju. Tetapi setelah itu tunggang langgang jadinya”
“ Nta
dah kenal ke orang yang nta nak approach ni?”
Tanya murabbi.
Matanya
rapat memerhatikan riak wajah saya. Murabbi kami ni memang dikenali ramai,
kalau dia buat ‘pandangan ma’rifat’ dia tu, boleh goyah pendirian.
“Nta
dah approach mak ayah dia sebelum nta approach muslimah ni?”
“ Apa
yang membuatkan nta nak approach muslimat
ni?”
“
Kenapa tak pilih muslimat lain sebagai calon isteri nta? Nta bidang agama, dia
pula bukan bidang agama. Payah nak hidup nanti”
Dan
banyak lagi tembakan soalan-soalan daripada murabbi kepada saya di hadapan
muslimah ini.
Ye
betul, di hadapan muslimah ini.
“Ana
bukan apa, ana tak mahu hubungan ini dimulai secara melulu kerana ia akan
disudahi dengan nafsu dan sesalan”
Sungguh,
tindakan kami memohon pandangan daripada orang yang berilmu dalam bab jodoh ini
sangat membantu dalam hubungan. Yang membuatkan tindakan kami selanjutnya
dipandu oleh beliau.
BERTINDAK
MELULU BERIMAN NAFSU
Tapi
pelik, ramai juga yang tidak suka meminta pandangan golongan berilmu dan
berpengalaman dalam bab memilih pasangan ini.
Leceh
katanya. Nanti
itu tak kena, ini tak kena. Baik pilih sendiri. Lagipun bukan diorang yang nak
kahwin. Nak
tanya golongan ustaz atau ustazah?
Ohoo,
itu memang cari nahas la. Tak pasal-pasal kerana sound nanti. Pelik. Mereka
ini bertindak seperti orang yang sudah mempunyai banyak pengalaman dan ilmu
masa hadapan.Harus
juga kita ingat.
Penilaian
seorang insan yang baru sahaja ingin memulakan ‘subjek’ baru dalam
kehidupannya; iaitu hidup berpasangan, tidak akan sama dengan insan yang sudah
mempunyai pengalaman yang banyak dalam ‘subjek’ tersebut.
Orang
yang berilmu ini tahu bagaimana nak tackle soalan,
mereka tahu bagaimana nak spot soalan dan
mereka tahu bagaimana nak bagi pensyarah kesian. Penilaian
golongan muda ini dilakukan sewaktu hormon testosteronnya tengah ‘menggatal’
dan hormon estrogennya tengah ‘menggalak’. Tentunya penilaiannya ketika
itu sedikit sebanyak didasari dan dipengaruhi oleh gelojak nafsu remajanya.
Ia
bukan sesuatu yang jahat, tetapi ia adalah fitrah. Sebab itulah meminta
pandangan daripada orang yang berilmu akan dapat mengimbangi fitrah tersebut.
Istisyarah dari orang yang berilmu ini
untuk mengutip pengalaman mereka dalam pemilihan jodoh agar nilai baik
yang mereka lakukan kita turuti, silap mereka kita hindari. Andai Istisyarah dilakukan untuk mengambil panduan dari
insan yang berpengalaman dalam melewati asam garam kehidupan, istikharah pula dilakukan untuk memohon pengukuhan
pandangan insan itu dari Tuhan yang Maha Mengetahui.
Bukankah
kalau nak belajar subjek baru perlu menadah dari guru?
Dari
itu, kalau takde ilmu dalam hidup berpasangan kenapa tak mahu menadah dari
orang yang berilmu?
Bukankah
itu fitrah insan.
Sumber: ridhauddin.com
Di edit oleh : Naturemujahid
Di edit oleh : Naturemujahid
No comments:
Post a Comment
Coretan Antum ^ ^