Bismillah
Alhamdulillah
Semester ini antara
yang terpadat pernah diri ini alami. Meringankan minda seketika dengan membaca
apa jua input berguna di alam maya. Lantas tertarik dengan perkongsian daripada
seorang ukhti di muka buku miliknya. Disini saya kongsikan.
[Aku bangga dengan seorang sahabat perjuangan aku ni.
Bukan semua orang aku panggil sahabat, apatah lagi sahabat seperjuangan. Apa
kerja kami ? biarlah rahsia. Namun ia bukan sebuah kerja yang dipenuhi glemer,
bukan juga mudah. Nyawa sebagai taruhan. Bukan juga kerja yang disanjungi ramai.
Tapi aku boleh
menghandalkan dia ? kenapa ? dari dunia yang gelap, dia juga belajar mencari
cahaya. Dia belajar solat, dia amalkan, dia dah tak minum arak. Baru-baru ni
dia belajar hafal asmaul husna. Banyak dugaan yang menimpa, tapi di atetap
berkata.
"ini semua
dugaan. Apapun yg berlaku aku akan tetap senyum. Aku terfikir jugak, mungkin
ini semua kerana dosa-dosa aku"
Dia bukan ustaz yang
belajar jurusan keagamaan. Kami belajar agama di jalanan, di setiap keperitan,
disetiap ketakutan, disetiap dosa yg dilakukan. Beberapa hari lalu kami 'koling'.
Dia lah sahabat yg tak pernah menghilang, akan sentiasa follow up sahabatnya,
klu tak mesej, dia 'koling'. Apatah lagi bila sahabat dalam bahaya, dia lah yg akan
maju menolong. Beginilah persahabatan dunia gelap kami, kami letak nyawa kami
atas nyawa orang orang yang kami sayang. Nak kacau orang orang yang kami sayang, korang rentap nyawa kami
dulu baru kami diam !!
Selepas berbincang
beberapa perkara, kami berbual santai. Dia mula berkata, dia suka dengar radio
IKIM (ini bukan iklan IKIM tapi memang nak bagitahu, radio tu memang best)
Aku agak terkejut.
Untung kami cuma bercakap dlm phone, so tak nampak reaksi muka. Sempat gak aku
terfikir, "kenapa dengan kami ni semua, kena rasuk jin Islam ke ape".
huhu.
Dia cakap, dia suka
dengar motivasi di radio tu, pernah sekali dia dengar motivasi syurga. Dia sampai
menangis ( lelaki menangis gara-gara dgr pasal syurga ? dan dia bukannya
golongan pelajar agama ...bagi aku dia cool !!). Pastinya, Allah lebih cool
sebab Allah yang sentuh hati dia, bagi lembut hati dia. Pada aku, dia seperti Umar,
garang tapi dia tetap mampu dilembutkan Allah. Kemudian dia tanya
"kita layakkah
masuk syurga ?". Serius, aku terdiam. Aku faham pertanyaan tu sangat dalam.
Sangat dalam.
Saya bercerita ni
bukan nak bagitahu betapa hebatnya dia. Tak. Tapi saya nak bagitahu, seteruk
manapun manusia tu, didalam gelap manapun dia tinggal, dari lembah hina mana
pun dia datang. Dia manusia, dia boleh berubah. Klu korang sayang kami, tunjuk kat
kitaorang, jangan cakap je. Bukan caci maki yg boleh menyembuhkan luka di hati
kami. Dan bukan membiarkan kami bersendiri yg membolehkan kami bernafas dalam
gelap. Kami jatuh, anjgan pijak lagi kami !!
Saya dan sahabat
seperjuangan saya, tak mampu untuk bersyarah seperti kalian tentang ukhwah. Kami
mungkin nak cakap 'ana uhibbukifillah' 'ana uhibbukafillah' pun masih tak
lepas. Tapi saya yakin, sahabat-sahabat seperjuangan saya sedang menjalani makna
ukwah, sedang menterjemahkannya dalam perilaku. Bukan sekadar kata-kata.
Ukhwah
kami bukan chipmore. Dan kami bukan berserah bulat-bulat dengan berhubung melalui
doa, kami sedayanya akan tetap keep in touch kecuali dalam keadaan yg memaksa untuk
kami menjarakkan diri.
Saya tak bersyarah, saya cuma bagi tahu ini versi ukhwah kami, klu versi ukhwah kami salah, anda yang tahu sila 'tunjukkan'.
Bro, kalau ko baca
status ni (ko kan suka stalk fb sahabat2 ko), aku bangga dengan ko bro. Aku yakin,
Mak Cik Hidayah tengah ketuk pintu hati ko, so buka pintu hati ko luas-luas.
Benda tak kan jadi mudah, so bersedia. Aku harap ko berterusan nak jadi baik
dan lebih baik. Aku rasa soalan ko
"kita layakkah masuk syurga ?".
Aku jawab di sini ya... "lebih penting, kita ni yang mau masuk syurga atau
tidak ? kalau mau, teruskan hijrah kau, perubahan kau kearah kebaikan, tak
mustahil Allah letak kau kat Syurga, and nanti kalau ko masuk syurga, kalau tak jumpa
aku, tolong cari aku kat neraka, klu ko sanggup ar".
Teruskan usaha ko bro,
aku support. Aku pun kena berusaha jadi baik gak.
# kami tahu, dan
kami tetap nak cuba dekat dengan Allah walaupun kami ni hina. Apa orang nak pandang
kat kami, tak kisah la, kami susah pun, kami jatuh pun, ade ke yang menghulur
tangan.
Macam chipsmore ada atau tidak teruskan je hidup ni.
~Kami yg Fakir di bumi Tuhan.]
Membaca perkongsian diatas menimbulkan keinsafan dalam diri. Sebenarnya diri ini juga sedikit sama seperti temannya itu. Cuma bezanya diri ini tidak pernah meminum minuman keras dan memabukkan. Apa yang dikatakan oleh ukhti kita ini sangat benar dan berlaku di hadapan mata kita. Golongan yang memng sejak dari mula merasakan manisnya tarbiah seharusnya mengajak kami kami ini dengan berhikmah.
Moga diri ini dan pembaca semua boleh memperoleh kebaikan daripada apa yang ukhti kita sampaikan.
Fakir ilallah
Naturemujahid
No comments:
Post a Comment
Coretan Antum ^ ^