Bismillah Alhamdulillah
Hujung tahun macam ni memang musimnya. So jangan hairanlah ye kalu dapat invitation ke majlis perkahwinan situ sana bagai. sebut pasal kahwin ni, memang banyak dramanyerrr (Mat Lutfi) haha, tambah-tambah lagi pelajar tahun akhir seperti diri ini.
Ok, sedikit perkongsian buat semua, pilihlah yg ada agama instead of paras rupa yang cun melecun... cute tomey bagai.. ahakk.
Ketika melalui sebuah jalan di Kota
Bashra, Al Atabi melihat seorang wanita yang sangat cantik sedang bergurau
senda dengan seorang lelaki tua. Setiap kali wanita itu berbisik, lelaki
tersebut pun ketawa.
Al Atabi merasa
ingin tahun kemudiannya memberanikan diri untuk bertanya kepada wanita itu.
"Siapa lelaki tersebut?"
" Dia suamiku "
" Dia suamiku "
"Kamu ini cantik dan menawan, bagaimana kamu
dapat bersabar dengan suami yang hodoh seperti itu? Sungguh, ini adalah sesuatu
yang menghairankan," Al Atabi
meneruskan soalnya lagi.
"Barangkali kerana mendapatkan wanita
sepertiku, maka dia bersyukur. Dan aku mendapatkan suami seperti dirinya, maka
aku bersabar. Bukankah orang yang sabar dan bersyukur adalah termasuk penghuni
syurga? Salahkah aku
bersyukur kepada Allah atas kurnia ini?"
Al Atabi kemudian meninggalkan wanita itu dengan rasa kekaguman.
Ulama Al Azhar, Dr
Mustafa Murad juga kagum dengan wanita itu sehingga memasukkan kisah ini dalam
bukunya Qashashush Shaalihiin. Kedua ulama tersebut tidaklah kagum kepada
wanita itu kerana kecantikannya. Mereka kagum kerana agamanya.
Dan benarlah pesan Rasulullah s.a.w :
"Wanita itu dinikahi kerana empat
perkara; kerana hartanya, kedudukannya, kecantikannya dan agamanya. Maka
pilihlah kerana agamanya, nescaya kamu akan beruntung." (HR. Bukhari dan
Muslim)
Wanita yang baik agamanya, ketika dia kaya, dia
tidak sombong, dermawan, suka berinfaq dan menyokong perjuangan dakwah suami
dengan hartanya.
Wanita yang baik agamanya, ketika dia mempunyai
kedudukan tinggi dan nasab yang mulia, dia tidak menghina orang lain. Justeru
itu dia menjadi wanita yang mulia dan menggunakan kedudukannya untuk membela
kebenaran.
Wanita yang baik agamanya, ketika dia cantik, dia
tidak membuat suaminya resah. Dia menjadi penghibur hati dan penyejuk mata bagi
suaminya tercinta.
Wallahu a'lam
nukilan : Naturemujahid
No comments:
Post a Comment
Coretan Antum ^ ^