Bismillah Alhamdulillah
Untuk Entri ini, ana ingin berkongsi ilmu yang di peroleh melalui pembacaan di salah satu perkongsian daipada sahabat ana sendiri.
Hari jumaat adalah penghulu segala hari. Sebutan
hari Ahad, Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis itu adalah menunjukkan bilangan dari
satu hingga lima dalam bahasa Arab. Namun hari Jumaat tidak melambangkan angka
enam. Ia disebut Jumaat yang membawa maksud JEMAAH.
Ini memperkukuhkan
seruan Rasulullah s.a.w dalam hadis baginda yang menyeru umatnya hidup dalam
jemaah jika mahu selamat dan terus hidup dalam kesejahteraan Islam. Seruan
baginda yang bermaksud
“Tiada Islam tanpa Jemaah itu amat berat sekali
kesannya”. Surah al-Jumaah, Syura, As-Saf semuanya menggambarkan keperluan
berjemaah.
Dalam seruan solat
jumaat, Allah perintahkan kita tinggalkan jual beli. Datang berhimpun di masjid
tempat ia bermustautin untuk mendengar taklimat mingguan. Itulah haji kecil
yang berlaku setempat. Di situ, pada hari itu setiap warga rijal harus update
maklumat tentang agama, masyarakat dan negaranya.
SURAH AL-KAHFI (GUA)
Gua adalah terkenal
sebagai tempat persembunyian. Ia menjadi tempat di mana khazanah purba tersimpan,
tempat manusia berkhalwat, tempat Rasulullah s.a.w bertahnuth, tempat pertapaan
dan sebagainya.
Sinopsis surah ini
menggambarkan situasi di mana terdapat kisah pemuda gua (ASHABUL KAHFI) yang
tertidur selama 300+9 tahun. Apabila mereka sedar wang mereka sudah menjadi
wang purba dan tidak laku lagi. Surah ini juga menampakkan bagaimana Allah
menyedarkan hambanya dari lamunan yang sangat panjang.
Kalau dahulu quran
ini melebihi nilai emas sepenuh bumi, namun hari ini ia tiada nilai di mata
kita, melainkan seperti wang lama saja (QS 18/19). Di dalam ayat ini terdapat
kalimah WAL-YATALLATTOF (dan hendaklah ia berlemah lembut/berhalus). Kalimah
ini biasanya diwarnakan dengan warna merah. Itulah inti alqur’an dari segi
kedudukan kalimahnya di tengah-tengah musyhaf al-quran.
Sabda Nabi saw “Barang siapa memelihara 10 ayat yang awal dalam surah
al-Kahfi maka dia akan terselamat dari Dajjal” – HR MUSLIM.
Secara kasarnya,
fungsi Dajjal ialah untuk memesongkan/membengkokkan hidayah dan petunjuk Allah
yang sangat lurus dan mudah, sehingga umat tidak kenal lagi akan hazanah ilmu
tersebut. Islam jadi susah difaham dan diikuti, umat sukar disatukan setelah
didajalkan.
Jadi jika kita
memelihara kefahaman alquran, terus menerus berprinsip dengan pelajaran dari
surah ini serta melaksanakan perintah Allah, pasti kita akan terselamat dari
fitnah dan hasutan Dajjal. Perhatikan ayat berikut,
QS 18. Al Kahfi
1. Segala puji bagi
Allah yang telah menurunkan kepada hamba-Nya Al Kitab dan Dia tidak mengadakan
KEBENGKOKAN dalamnya;
2. Sebagai
BIMBINGAN yang lurus, untuk MEMPERINGATKAN siksaan yang sangat pedih dari sisi
Allah dan memberi BERITA GEMBIRA kepada orang-orang yang beriman, yang
MENGERJAKAN amal saleh, bahwa mereka akan mendapat pembalasan yang baik,
FALSAFAH JUMAAT DAN KAITANNYA DENGAN AL-KAHFI
Memelihara (hafiz)
ayat 1-10 yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w bukanlah dalam bentuk bacaan
bibir semata-mata. Ia bermaksud agar kita sentiasa menjaga prinsip hidup kita
agar jangan sampai terlena. Segala perintah Allah wajib kita perhalusi dan
sebarkan ia kepada setiap warga. Apabila kita leka, maka Dajjal akan membuatkan
kita terlena oleh dunia dan apabila kita sedar kita sudah jauh dari landasan,
dari jalan yang lurus.
Ilmu agama ini
harus dipelihara ketulinan dan keberkesanannya secara berjemaah. Pada malamnya
kita harus membaca surah Yaasin yang membawa gerakan meneliti situasi ilmu dan
kedaulatan agama secara beramai-ramai. Fokus utama ialah melihat penyakit masyarakat
yang disebabkan kejahilan atau pemesongan agama yang mematikan jiwa. Inilah
fungsi surah Yaasin yang diguna Isa untuk menghidupkan semula manusia.
QS 36. Yaasiin :
6. Agar kamu
memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi
peringatan, karena itu mereka lalai.
69. Dan Kami tidak
mengajarkan syair kepadanya dan tidaklah layak (bersyair) baginya. Al Quran itu
tidak lain hanyalah zikir dan iqra’ yang sangat jelas.
70. supaya dia
memberi peringatan kepada orang-orang yang hidup dan supaya dibenarkan/betulkan
perkataan ke atas orang-orang yang ingkar.
Al-quran itu
perawat hati. Hari ini ramai umat yang sakit dan mati hatinya. Maka bacaan
Yaasin malam jumaat itu harus mampu menyembuhkan hati mereka. Rumusan dari
bacaan Yaasin itulah yang seharusnya dibawa sebagai Khutbah kepada jemaah dalam
solat jumaat. Solatlah kamu sebagaimana kamu lihat aku solat sabda baginda.
Inilah kaedah solat baginda yang sangat strategik dalam membangun ummah namun
sudah tidak kita ketahui lagi.
Tidak mudah untuk
kami kongsikan dengan jelas apa yang dimaksudkan kerana kita telah terlena
begitu lama. Hari ini kita sangka kita sudah cukup Islam, tetapi jika kita
check semula terlalu banyak spesifikasi Muslim sudah tiada pada kita. Jasad dan
raga kita nampak Islam, bibir dan hati kita mengaku Islam dan beriman, tetapi
Roh Iman dan amal Keislaman yang sebenar sudah lama tiada dalam kehidupan kita.
Allah perintah
jangan ikut sesuatu tanpa ilmu (QS 17/36) majoriti kita beramal tanpa ilmu.
Allah kata jangan suka ikut-ikut kebanyakan manusia (QS 10/36) bahkan itulah
tabiat kita. Amal ibadat kita ikut-ikut, malah trend dan budaya Kuffar juga
kita kaut semuanya. Allah larang kita solat tanpa tahu apa yang kita lafaz
dalam solat macam orang mabuk (QS 4/43), namun 99% kita solat tidak tahu makna
apa yang kita baca.
Jangan salahkan
sesiapa dengan apa yang berlaku kerana memang itu pusingan alam. Dajjal itu
sudah ada sejak zaman Adam lagi. Mereka adalah bala tentera Syaitan dan Iblis.
Jarak masa Muhammad saw dengan Isa a.s. itu hanya 600 tahun, dan Dajjal telah
mampu hapuskan semua isi dakwahnya. Kita sudah berapa ribu tahun dari zaman
Nabi saw?
QS 18. Al Kahfi
18.
Dan kamu mengira mereka itu bangun, padahal mereka tidur, Dan kami
balik-balikkan mereka ke kanan dan ke kiri, sedang anjing mereka mengunjurkan
kedua lengannya di muka pintu gua. Dan jika kamu menyaksikan mereka tentulah
kamu akan berpaling dari mereka dengan melarikan diri dan tentulah kamu akan
dipenuhi oleh ketakutan terhadap mereka.
Semasa kita terjaga
dari tidur di tempurung gua, anjing Dajjal (munafik) yang kita takuti sedang
tercongok di pintu gua. Apa yang dibimbangi nabi saw itu ada asasnya, dengan
halusnya penelitian dan iqra’ baginda. Ini kerana lahirnya baginda adalah di
saat umat telah jahil semula. Semua ibu-ibu Quraisy telah membudayakan MAID,
NURSERI dan IBU SUSUAN. Masyarakat jahiliah itu sangat mengejar harta dan
pangkat. Petunjuk dan aturan hidup hasil dakwah Musa dan Isa a.s. sudah tidak
diketahui dan diperduli perlaksanaannya.
Jelaslah benar apa
yang baginda kata tentang tanda akhir zaman, tanda kefahaman dan perlaksanaan
sistem Islam telah berakhir itu benar belaka. Pengakhiran itu dinamakan Akhirat
dunia, akhirat zaman. Tugas kita ialah untuk berusaha mencari ilmu, berkerja
keras untuk berganding bahu, untuk berjemaah membangunkan semula (kiam). Semuga
kebangkitan (kiamat) itu segera berlaku. Jika sudah jatuh dan masih tidak mahu
bangkit, maka kita akan ke dalam tanah lah jawabnya.
Sebenarnya kita
sangka kita hidup dan membangun dalam Islam, namun hakikatnya kita hanya tidur
lena dan dibalik-balikkan ke kiri dan kekanan sahaja. Kedudukan kita masih di
situ dan sedang tidur lena. Hari ini kita sedang digula-gulakan dengan agenda
Dajjal. Kita juga sudah BERADA DI TAHAP MAKSIMA KEJATUHAN INI DAN TIDAK MUNGKIN
AKAN JATUH LEBIH RENDAH LAGI KECUALI TERTANAM MENGUBUR DIRI KE DALAM BUMI.
Jangan tipu diri
yang kita sangat yakin yang kita sedang berada di jalan yang lurus. Jangan
terlalu yakin yang kita telah cukup ilmu dan bekalan hidayah untuk melaksanakan
amanah agama. Jangan terlalu yakin yang anak cucu kita bakal bertahan dengan
apa yang kita tinggalkan.
Jangan lagi
membesar diri untuk menolak tawaran ilahi. Sudah cukup banyak projek yang
menggunakan kejahilan kita dan jelas telah gagal kesemuanya sekali. Jika ilmu
kita cukup tepat dan berkualiti, jika bijak pandai kita memainkan fungsi, pasti
kita tidak jadi begini.
TIDAK ISLAM jika
kita tiada islah, iaitu menjadi semakin baik. itu sabda Nabi saw. itulah
hakikat AMAL SOLEH. Apatah lagi jika jadi semakin teruk hari demi hari macam
apa yang kita sedang alami ini. Semuga cetusan ini memberi sedikit gambaran
bacaan al-kahfi yang bagaimanakah yang Nabi saw ingin kita baca di setiap
jumaat ini, sehingga ia menjamin keselamatan hingga jumaat yang lagi satu.
Kahfi adalah bicara
yang tersembunyi, bicara rahsia agama ini dan bicara kupasan secara berjemaah.
Anda kena guna akal dengan serius untuk mencerna. Jika tidak, baca komek saja
jawabnya agar kita boleh meneruskan kartun Islam yang melata.
Berkali-kali Allah
perintah agar kita guna akal untuk memahami Alquran. AFALA YAKQILUUN.. AFALA
YAKQILUUN.. Allah berfirman. Malang sekali kita yang mabuk ni kata jangan guna
akal membaca quran. Pedas sedikit, namun kami harap ia boleh membangkitkan kita
yang sedang lena. InsyaAllah bersambung lagi jumaat depan dengan al-Kahfi ke2.
Cetusan Jumaat
(Naturemujahid)
No comments:
Post a Comment
Coretan Antum ^ ^