Friday, 1 November 2013

PERISA BARU

Bismillah Alhamdulillah


Varsiti tempat diri ini menimba ilmu dilanda demam PRK yang melibatkan pertandingan empat penjuru. Para jentera sibuk berkempen dan sebagainyalah untuk mempromosikan calon juga memberi kesedaran politik matang di kampus.

Pengalaman meng"escort" calon sewaktu PRU-13 yang lepas dimanfaatkan sebaiknya kerana ditaklifkan untuk menjadi pengiring calon bertanding daripada puak "opposite" 

Dalam kekalutan, keletihan, keejatan, ketepuan, kelesuan, kemengantukan =.="" 

adoiii.. rosak bahasa. Maaf pencinta bahasa diluar sana.

dalam pada itu semua, tidak menghalang diri ini untuk menerap dan mencerap tarbiah. Ini suatu kemestian dan tidak boleh diabaikan sesibuk manapun. 

Ngee... diatas tu mukadimah sja.. entri ini bermula di gerai menjual kuih Donut di Islamic festival anjuran DPP Sime Darby.

"ermm.. ada jual goreng pisang tak ea?" sambil berjalan mengamati gerai menjual makanan.

Pandangan terhenti bila melihat pastri yang sangat-sangat diri ini kenali.. 

"Ini macam big Apple?" muka berkerut sambil dipenuhi tanda tanya

"Kak, yang ni big Apple kan?"

"ya. order khas daripada Alor star ni" 

"nak enam." sambil jari memilih dan menunjuk kearah jenis-jenis donut yang familiar 

"akak suggest adik ambik yang sebelah kiri tu, yang tu perisa baru"

"perisa baru? apa rasa dia kak?"

"perisa Ceri"

"erm, nak rasa juga. Nak perisa baru tu satu" ^^

Bagusnya.... Pisang goreng yang hendak di beli, Big Apple juga yang dilamar.


* * * * * * * * * * * * *

Sebelum maghrib, Usrah muslimin petang itu dimulakan dengan bacaan mathurat dan pembukanya doa Rabithah. Agenda menggerudi pun bermula, mula satu persatu sahabat-sahabat merangka dan berkongsi juga berbincang akan perancangan kerjaya diluar kelak.

Al-maklumlah, Pelajar tahun akhir dah..

Apa yang boleh disimpulkan, Usrah kami bertujuan untuk merapatkan lagi ukhuwah dan gerak kerja diluar sana kelak. Apa yang kami boleh sumbangkan untuk meninggikan syiar Agama Allah ini melalui kerjaya juga melalui kehidupan seharian kami.

Pastikan perisa kehidupan itu sentiasa berlandaskan Syariat.. Islam sebagai bahan asas dan utamanya.


No comments:

Post a Comment

Coretan Antum ^ ^