Bismillah Alhamdulillah
"Sudah lama kah makcik berjualan nasi lemak dan kuih muih ni?" tanya Mukmin
Sambil
tunggu Makcik tadi isi donut dan kuih koci ke dalam plastic separa lutsinar. Amron tengok Makcik
tadi goreng kuih yang lain setelah diangkat satu batch yang dah masak. Berminat.
“Kalau
dah dikira-kira, sudah lebih 13 tahun”
“Uiks
lama tu” Jawab Amron.
“Selalu
ramai ek kat sini?”
“Alhamdulillah.
Macam ni la. Kadang ramai kadang tak” ujar makcik tadi melanjutkan.
Terpegun. Kagum
sebenarnya. Makcik tu, kalau dihitung-hitung dah lebih separuh abad.
Kedut-kedut pada wajahnya dah jelas kelihatan. Bintik bintik hitam, tanda
gigih.
“Anak-anak
Makcik ?” tiba tiba terpacul keluar dari mulut Mukmin.
Belum sempat dia habiskan
soalannya, Amron tenung Mukmin. Isyarat. Sensitive barangkali soalan tadi.
Takut-takut tak kena.
“Dorang
semua dah kerja, kat Bandar. Merata-rata. Kamu semua ini dari mana nak ?” Makcik tadi
dah paham.
“Oh.
Kami dari Utara. Ada program kat sini ”
“Selalu
program kat sini? Jauh tu”
“Selalu
jugak la” Ujar Amron.
Donut dan kuih kochi dua bungkus dah
siap. Masak. Harum sampai ke hidung. Makcik masukkan ke dalam plastic.
“Tujuh ringgit kan Makcik?”
"Ya nak. Ni Makcik masukkan sikit goreng pisang, Nanti singgah la Lagi”
“Eh
tak payah la Makcik. Ermm, ni sepuluh ringgit, baki Makcik simpan ya” Mukmin terharu.
“Anakanak ini
sapa sebenarnya?"
Kedua sahabat itu saling memandang sebelum berkata
“Kami
sebenarnya….”
--------------------
Hakim perlahankan kereta
Myvi putihnya. Shiraz menekan butang pada dash board kereta dan kemudian tingkap cermin terbuka.
“Assalam’alaikum
Pakcik, mau pigi mana?” pekat bahasa Sabahnya
“Wa’alaikumsalam.
Nak ke pasar borong kat pusat Bandar sana.”
“Marilah
naik. Kami pun on the way mau pigi ke sana” jawab Shiraz lagi
Idham turun dari depan.
Dituntun Pakcik tadi. Pintu dibuka. Kemudian ditutup. Perjalanan diteruskan.
Jauh sebenarnya lagi destinasi dituju. Dua tiga minit pertama semuanya sunyi.
Cari idea mungkin.
Peluh-peluh mengalir dari dahi Pakcik tadi. Jauh benar dah jalan tadi. Idhamkuatkan pendingin kereta. Hakim terus memandu
ke destinasi. Jalan mereka tak sehala sebenarnya.
Tapi..
“Pakcik
dari mana sebenarnya?” tanya Hakim
“Seksyen
13, anak nak ke mana?”
“Kami
nak ke Bandar juga. Ada program. Jauh juga tu Pakcik jalan.” kata Hakim pula.
“Pakcik
dah biasa dah. Budak kat rumah tu, kalau Pakcik tak keluar cari makan, tak
makan la semua”
Shiraz memandang Hakim. Sampai kat satu simpang,
Lutfi perlahankan kenderaan singgah sekejap di satu gerai. Idha cepat-cepat
turun. Tiga gelas air tebu dibeli. Cepat-cepat dia naik kereta balik.
“Air tebu Pakcik..” pelawa Shiraz
“Eh
kamu ni, buat susah je..”
“ndak pa, x susah pun.
Bukan selalu.. Panas kan sekarang” senyum Shiraz
Idham hulur satu gelas
air. Pakcik tadi terus ambik. Laju diminumnya. Haus benar. Makin laju pula peluh.
“Haa
turunkan Pakcik kat depan mesin ATM jela”
“mano? yang tu ya” Hakim tunjuk mesin ATM Bank Islam di seberang jalan. Dah dekat dengan
pasar.
“A’ha
yang tu”
“Nanti
pakcik mau balik, mau kami ambikkan?” tanya Shiraz.
Tiba-tiba muka Pakcik
tadi lain. Kaget. Bingung pun ada.
“Eh
takpela. Pakcik boleh balik sendiri nanti”
“Ok la
kalau macam tu”
“Pakcik
turun dulu la nak, hati-hati bawak kereta nanti”
“In
sha Allah Pakcik.” jawab mereka serenta
Pakcik tadi turun.
Sebelum tutup pintu. Dia sempat toleh balik ke dalam tertanya-tanya
“Kalian ni sapa
sebenarnya?”
Hakim dan Shiraz saling berpandangan.
“Sebenarnya kami…”
----------------------------
“Faris
kan?”
“Mana
abang tahu?”
“Haa,
dunia kan dihujung jari sekarang” Dia meneruskan lagi "takda lah, abe masih ingt demo, adik facie abe dulu.."
"ha.. bru ingat, abng Hassan kan?"
kedua mereka gelak. Hassan duduk makin dekat dengan si Faris tadi. Rancak pula berbual. Tanya asal
mana, sekolah mana. Tiba-tiba sahaja.
“Hmm, demo free dop pagi esok? Jum ikut abe kuar”
“Free
tu free. Tapi nak gi mane?”
“Kito gi rehlah. Nok?”
“Oh.
Rehlah tu macam mana bang? Kat mane?”
***
"Mukmin, ayam tu dah masak ke?" tanya Fikri
"skit lagi, jap2.." sambil mengibas tempat pemanggang.
Kedengaran bunyi percikan air.. semua berlumba melompat dan berenang di air terjun yg dingin airnya
***
“Macam
mana tadi, best tak?”
“Best
jugak. Kalau duk kat kolej konfem tidur tadi bang”
Seronok benar bercerita. Hassan buka tingkap kereta. Angin dari luar masuk, kuat. Sebelum sampai ke kolej, Hassan singgah di satu gerai. Beli dua biji
burger. Ayam special. Peh terbaik.
“Ni
untuk Faris sa..”
“Laa..tadi
pun dah kenyang bang, abang makan jela”
“Buke slalu pun dop”
Nak tak nak. Last last
ambik juga. Rezeki kalau dah datang tak baik tolak
“Hmmm
bang, tadi semua tu sape?”
“Adelah. napa?”
“Entah
la. Semua baik baik je. Ramah mesra je. Ada lagi manusia camtu ek. Baru jumpa
hari ni tapi macam dah kenal lama.”
Tersenyum Hassan.
“Sebenarnya
kitorang semua ni..”
------------------------
“Makan
bungkus?”
“Makan.” mereka berlapan serentak jawab.
Order diambik. Abang
waiter tadi berlalu. Ramai betul orang petang tu. Semuanya orang Bandar
sekarang makan kat kedai. Tak sempat nak masak kat rumah. Adeh. Lepas lima minit tak
sampai-sampai.
Habib mula dulu. Mushaf dikeluarkan. Dibacanya perlahan. Khusyu’
Lepas tu yang lain pula
ikut. Abdul Majid dan Hassan pun buka Quran. Mukmin baca kat i-pad. Shiraz,Hakim dan Amron juga. Semua senyap. Fikri tengah cakap telefon. Kemudian dia pun ikut sama taddabur. Isi waktu kosong.
Pelik?
Orang sekeliling tengok.
Dua tiga minit air
sampai. Abang pelayan tadi la paling pelik
“Korang
ni dari sekolah Tahfiz Seksyen 39 tu ek”
“Eh
tak la. Kami fasi kat sini, ada program Universiti” senyum Mukmin
“Oh” responnya selamba.
Abang tu hidang air.
Perlahan-lahan. Sambil tu dia tengok sorang-sorang. Berminat mungkin. Entah.
Pelik benar.
“Ikut
tabligh eh” lanjutnya bertanya
“Kenapa
bang?” tanya Habib kembali
“Eh
tak de pape, layan pelanggan” kata abang itu berseloroh.
“Nasi
lambat lagi bang?” Fikri mencelah
“Jap
ek”
Abang tu pergi. Sengih
sengih mereka berlapan. Menarik.
Duduk sekejap, yang di
order pun sampai. Abang tadi lagi. Mukanya penuh tanda soal. Tak puas hati
lagi.
“Abang
dah makan? Jom la sekali” Pelawa Amron.
“Dah
tadi. Korang ni sapa sebenarnya?” abang pelayan itu penasaran
“Kami
sebenarnya…”
-------------
Kami sebenarnya
"Nahnu ruhul jadid fi jasadil ummah" kata mereka berlapan serentak.
Petikan daripada Novel Sohibul Choki
Nukilan : Naturemujahid