Bismillah Alhamdulillah
Pada entri bulan Muharram saya ada sebutkan terdapat empat bulan haram yakni suci dalam Islam seperti yang termaktub dalam surah at taubah ayat 36. Zulkaedah merupakan satu daripada bulan haram itu.
Zu bermaksud "yang empunya" manakala Qa'adah bermaksud duduk. Ianya membawa erti bulan berehat-berehat kerana sudah menjadi tradisi masyarakat Arab untuk tidak berperang di bulan ini. Secara bahasa maksud bulan ini ialah bulan genjatan senjata.
Tidak terdapat ibadah khusus di bulan ini selain ianya menjadi bulan permulaan untuk melaksanakan haji.
PERISTIWA BESAR DI BULAN ZULKAEDAH
1. Peperangan Bani Quraizah
Peperangan ini berlaku pada Zulkaedah tahun ke 5 Hijrah. Setelah tentera Ahzab ditewaskan, malaikat Jibril A.S memberitahu Rasulullah s.a.w bahawa Allah telah memerintahkan nabi agar memerangi bani Quraizah kerana mereka bersubahat dengan tentera Ahzab dalam menyerang umat Islam.
2. Perjanjian Hudaibiyah
peristiwa ini berlaku pada penghujung tahun ke 6 Hijrah. Antara sebab berlakunya perjanjian ini ialah kerana Rasulullah ingin melaksanakan umrah di Mekah.
3. Bai'atur Ridwan
Peristiwa ini berlaku sebelum terlaksananya Perjanjian Hudaibiyah. Rasulullah s.a.w mengutuskan Uthman bin Affan r.a ke Mekah untuk menyuarakan tentang kenapa rombongan Rasulullah s.a.w di halang memasuki Mekah. Uthman telah ditahan untuk beberapa lama dan berita mengenai Uthman bin Affan terbunuh tersebar. Rasulullah s.a.w kemudiannya mengajak sahabat-sahabat berbaiah dengan baginda di bawah pohon kurma untuk menuntut kematian Uthman. Maka terjadilah Bai'atur Ridwan.
4. Berlakunya Haji Wida
Pada tarikh 25 Zulkaedah tahun ke 10 Hijrah, Rasulullah s.a.w meninggalkan kota Madinah untuk menuju ke kota Mekah bagi menunaikan haji Wida (Haji terakhir). Haji tersebut adalah haji pertama dan terakhir bagi Baginda.
5. Kematian Ibnu Taimiyah.
Selaku seorang Muslim, adalah suatu keperluan bagi kita untuk mengetahui akan sejarah Islam itu sendiri. Ramai di antara kita yang menganggap biasa banyak bulan-bulan Islam kerana tidak seperti puasa di bulan Ramadhan atau hari raya di bulan Syawal. Banyak peristiwa besar dalam Islam berlaku di beberapa bulan yang lain juga antaranya seperti yang berlaku dalam bulan Zulkaedah. Dengan penulisan ini harapnya dapat mendidik kita semua.
Penulisan oleh :
Naturemujahid
07 Zulkaedah 1441 Hijrah
29/06/2020
(Isnin)