Bismillah Alhamdulillah
Assalammualaikum dan apa khabar semua pembaca blog Naturemujahid. Harap kalian sentiasa dalam rahmat tuhan sekalian alam. Sebulan lepas ini laptop bermasalah sebab itulah tiada entri untuk bulan Mei. Untuk bulan ini saya akan berkongsi mengenai dapatan saya terhadap buku "best seller" di Malaysia.
Sebelumnya buku ini saya dapatkan pada tahun 2014 ketika berada di tahun akhir pengajian namun tiga tahun kemudian barulah berpeluang mengkhatam. Lansung sahaja buku ini menceritakan tentang sosok pemuda yang berjiwa suci bernama Ahmad Ammar yang mana dirinya syahid di Turki.
Buku ini menghimpunkan cerita cinta insan-insan yang mengenali Ahmad Ammar dari kaca mata mereka. Sebuah himpunan cerita cinta yang begitu mengharukan Serta menginspirasikan terutama pemuda-pemuda.
Antara perkongsian bonda Ahmad Ammar ialah
"Anak saya seperti remaja-remaja lain. Cuma beza Ammar ialah akhlaknya. Ketika orang sibuk bertanya tentang keperibadian arwah, saya cuba ingat kembali berapa kali saya meninggikan suara kepadanya atau tidak pernah terdetik perasaan marah kepadanya."
Buku ini juga baik untuk ibu bapa yang ingin mendidik anak mereka menjadi insan yang berakhlak. Kalian harus membaca buku ini. Sangat di sarankan. Sebelum saya mengakhiri bedah buku ini izinkan saya memetik kata-kata yang selalu di pegang oleh adinda Ahmad Ammar,
"Jika engkau mahukan teman, cukup Allah sebagai teman. Jika engkau mahukan musuh, cukuplah nafsu sebagai seteru. Jika engkau mahukan hiburan, cukuplah al-quran sebagai bacaan. Jika engkau mahukan nasihat, cukuplah mati sebagai penasihat."
Nukilan : Naturemujahid
No comments:
Post a Comment
Coretan Antum ^ ^