Monday, 29 June 2020

SYAWAL : BULAN KEMENANGAN DAN PERISTIWA BESAR

Bismillah Alhamdulillah


Bulan Syawal merupakan bulan ke-10 dalam takwim Hijrah dan merupakan satu daripada 12 bulan yang di sebutkan dalam firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 36 


"Sesungguhnya jumlah bulan menurut Allah ialah dua belas bulan (sebagaimana) dalam ketetapan Allah pada waktu DIA menciptakan langit dan bumi, di antaranya ada empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menzalimi dirimu dalam (bulan yang empat) itu, dan perangilah kaum musyirikin semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya. Dan ketahuilah bahawa Allah beserta orang-orang yang bertaqwa." 

Nama Syawal berasal dari kata "Syalat" yang bermaksud mengangkat dan dari kata kerja "Tasyawwala" yang bermaksud sedikit atau berkurangan. Pada zaman masyarakat Arab dulu, bulan ini adalah bulan di mana banyak unta betina mengandung lalu menyebabkan unta unta ini tidak boleh mengangkat bends berat lalu majoriti masyarakat pada ketika itu mengangkat barang-barang milik mereka sendiri tanpa unta.

Kemuliaan yang terdapat dalam bulan Syawal berbanding bulan yang lain ialah kerana di dalamnya terdapat satu perayaan yang sinonim dengan umat Islam iaitu hari raya Aidilfitri. Hari kemenangan bagi umat Islam setelah berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan. 

Antara amalan-amalan sunnah yang Rasulullah s.a.w lakukan dalam bulan Syawal sempena menyambut Aidilfitri ialah : 

1. Bertakbir

Bertakbir pada 1 Syawal merupakan amalan yang di syariatkan. Takbir bermula pada malam terlihatnya hilal "anak bulan" seperti firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 185

"....supaya kamu mencukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjukNya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur." 

2. Lafaz ucapan Hari Raya Aidilfitri

Majoriti amalan umat Islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain dengan ucapan "Selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin" namun apa yang lebih bertepatan dengan amalan menteladani sunnah Rasulullah s.a.w adalah sebagaimana yang di ceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya 

"Apabila para sahabat bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain 'taqabballahu minna waminka (semoga Allah menerima amalan kami dan amalan mu) 

3. Meneruskan Qiamulail (Solat Malam) 

Meneruskan semangat solat malam seperti yang di lakukan pada bulan Ramadhan. 

4. Mandi pada pagi hari raya

Disunnahkan mandi pada pagi hari raya sebagaimana mandi wajib iaitu sebelum berangkat ke masjid untuk menunaikan solat hari raya. 

5. Makan sebelum solat Aidilfitri

Disunatkan juga untuk menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri.

6. Mengerjakan Puasa sunat enam hari di bulan Syawal

Sabda Rasulullah s.a.w 

" sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiring dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun" HR Muslim.

7. Amalan Ziarah menziarahi

Satu lagi amalan terpuji yang di lakukan ialah ziarah menziarahi sesama Muslim di hari mulia.

PERISTIWA-PERISTIWA BESAR DI BULAN SYAWAL

1. Terjadinya Perang Uhud (pada 7 atau 11 atau 15 Syawal)

2. Perang Bani Qainuqa

3. Perang Bani Sulaim di Kudri

4. Perang Khandaq (Perang Ahzab)

5. Perang Tha'if

6. Pernikahan Rasulullah s.a.w dan Ummu Salamah

7. Perang Hunain

8. Kelahiran Imam Bukhari

9. Kewafatan Imam Bukhari

10. Kelahiran Abdullah bin Zubair

Begitulah sedikit sebanyak perkongsian ringkas mengenai asal usul nama bulan Syawal serta keistmewaanya dan peristiwa besar yang berlaku di dalamnya untuk menjadi panduan dan peringatan buat diri ini dan semua selaku bergelar Muslim 

Penulisan oleh : 

Naturemujahid
07 Zulkaedah 1441 Hijrah
29/06/2020
(Isnin)

1 comment:

  1. Ini adalah testimoni saya tentang bagaimana saya akhirnya menyertai orde baru dunia, Illuminati selepas saya cuba untuk menyertai selama lebih 2 tahun sekarang tetapi penipu mengambil wang daripada saya beberapa kali. Saya telah mencari untuk menyertai Illuminati sekian lama, tetapi penipu terus mengambil wang saya sehingga awal tahun ini apabila saya bertemu dengan Lord Felix Morgan dalam talian, saya menghubunginya dan saya menerangkan segala-galanya kepadanya dan dia mengesyorkan pendaftaran yang digunakan dan saya membayar untuk ahli besar untuk membantu saya bermula dan saya telah dimulakan ke dalam World Order dan saya menerima sejumlah $4,000,000 dolar AS selepas permulaan saya dilakukan. Saya sangat gembira! Dan berjanji untuk menyebarkan kerja baik Lord Felix Morgan. Jika anda berminat untuk menyertai Illuminati orde dunia baharu hari ini, hubungi Lord Felix hari ini dia adalah peluang terbaik anda untuk mendapatkan keahlian kepada illuminati yang sentiasa anda inginkan. Hubungi Lord Felix Morgan E-mel: Illuminatiofficial565@gmail.com atau Whatsapp +447918641801

    ReplyDelete

Coretan Antum ^ ^