Bismillah Alhamdulillah
Suatu senja di SMK Tansau, pelajar sesi petang kelihatan berpusu-pusu mengerumuni pagar utama untuk balik ke rumah masing-masing. Di satu sudut kelihatan Mukmin masih tekun menelaah buku sejarah dunia miliknya.
"Hye Mukmin.. wah, rajinnya" sapa Goyo.
"owh , hye." sedikit tersentak dengan sapaan itu.
"cukup cukuplah tu belajar, ko pandai suda tu." usiknya
"ndak da lah... manada " Mukmin tersipu malu.
"Owh ya.. sa nampak ko fokus 2 bab ni sja dri awal tahun lagi.. ko ramal masuk kah?" tanya Goyo lagi
"tidaklah, tidak ramal pun, cuma tawakkal dua bab ni" senyum Mukmin meski matanya menghadap paparan nota dan buku.
"tawakkal?" Goyo kebingungan.
"ya.. prinsip tawakkal atau bermaksud berserah sepenuhnya kepada tuhan.. dalam agama kami, tawakal suatu yang mesti ada dan sejauhmana kami bertawakkal itu bergantung ikut urang" pelat sabah yg pekat sebati selaku anak jati negeri bawah bayu ini.
"maksudnya, kamu fokus dua bab ni sajalah dengan harapan dua-dua ni masuk?" Goyo menyambung lagi "tapi itu mustahil lah, semua paper yang keluar past year semua bab masuk." getusnya tidak puas mendengar penjelasan Mukmin.
"Sa tau tu.. sebab tu sa berusaha menguasai 100% dua bab ni, sekurangnya dengan harapan dapat menampung markah yg ada."
hati kecil Mukmin berbisik
"Ya Allah... aku serahkan segalanya padamu.. biar inilah yang keluar untuk exam hujung tahun nanti.. moga usahaku ini mendapat redhamu"
.....................
Kertas Sejarah Dunia petang itu berakhir
"Alhamdulillah" ucap Mukmin dalam hatinya.
"Mukmin, tunggu saya"
Kelihatan Avunnie atau mesra di panggil Goyo berlarian mengejar Mukmin yang sudah berada di hadapan pintu pagar sekolah.
"Wah sa tabik oh sama kau" tercungap cungap mengambil nafas sebelum menyambung "Betul oh, semua yang keluar kan semua melibatkan bab satu sama dua".
Mukmin hanya tersenyum melihat telatah temannya itu.
***************
Diriwayatkan daripada Umar bin Al-khattab, beliau berkata "Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : Jikalau kalian bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, maka kalian akan diberikan rezeki seperti seekor burung yang diberi rezeki. Ia keluar (pada awal pagi) dalam keadaan lapar dan plang (ketika hampir senja) dalam keadaan kenyang" Hadis riwayat al-Tirmizi
Dialog diatas merupakan senario yang berlaku pada diri ini lima tahun yang lalu dan masih segar dibenak minda akan keagungan Allah kepada diri ini waktu itu.
Apa itu tawakkal?
Ianya merupakan penyerahan segala urusan seorang muslim kepada Allah s.w.t selepas dia berusaha. Tawakal dan usaha dua perkaa yang berbeza, namun sama sekali tidak dapat dipisahkan.
Allah berfirman dalam surah Ali-Imran ayat 159
"Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertawakal"
Sebahagian manusia tersilap dengan memahami konsep tawakal yang Islam ajarkan. Mereka menganggap ia adlaah penyerahan urusan semata-mata lalu berdiam diri tanpa beusaha untuk mencapai sesuatu. Hakikat tawakal perlu difahami dengan betul. Berbicara tentang keperluan usaha dalam kehidupan, marilah kita sematkan di hati bahawa balasan buruk bergantung pada usaha yang dilakukan dan begitu juga sebaliknya.
Dua "keypoint" penting entri ini ialah [ Usaha ] & [ Tawakal ]
Oleh itu mari kita buat satu formula yang boleh membimbing kehidupan berasaskan Al-quran sebagai sumbernya.
Usaha (sunnatullah) + Tawakal (Syariatullah) = Berjaya
Allah telah menetapkan dua peraturan iaitu Sunnatullah dan Syariatullah untuk membimbing kita hambanya. Syariatullah merupakan sesuatu yang kebiasaannya ada dalam diri kita kerana kita memang memerlukan bantuan disetiap masa. Makhluk yang memerlukan pergantungan daripadaNYA.
Hukum Sunnatullah pula merujuk kepada hukum "sebab dan akibat" dalam sesuatu perkara. Ya pastinya ada sebab-sebabnya mengapa sesuatu perkar aitu berlaku, begitu jugalah dengan bantuan Allah. Sebelum kita boleh memetik buah, kita kena semai dulu benihnya.
Namun perlu diingat, Allah dengan kudrat dan iradatNya mampu membuat apa-apa sahaja tanpa perlu melahirkan apa-apa sebab sebagaimana Allah menciptakan nabi Adam tanpa Ayah dan Ibu dan nabi Isa tanpa ayah.
Kedua ini perlu bergerak seiringan kerana usaha sahaja tanpa tawakkal tidak membuahkan apa-apa bahkan kita akan pincang dan begitu juga sebaliknya.
No comments:
Post a Comment
Coretan Antum ^ ^