Saturday, 28 September 2013

UNTUK APA POKOK INI??

Bismillah Alhamdulillah


Lelaki itu kedutnya seribu. Ototnya lemah didera zaman. Terketar-ketar tangannya menanam sepohon pokok buah-buahan.

Pak cik, pak cik buat apa ni?” tegur seorang lelaki.

Antara dengar atau tidak, lelaki tua itu meneruskan kerjanya. Lelaki muda meneliti pokok yang ditanam oleh lelaki tua.

Pokok macam ni perlukan masa berpuluh-puluh tahun baru berbuah. Umur pak cik bukannya boleh bertahan lama lagi,” sindir lelaki muda.

Cuk! Cuk!

Cangkul lelaki tua mengambus akar pokok. Lalu ditekan-tekan dengan kaki agar menjadi padat.

Pak cik, pak cik kan dah tua bangka. Buat apa tanam pokok ni? Kubur kata mari, rumah kata pergi. Sia-sia saja kerja pak cik ni,” lelaki muda gagal membaca hikmahnya lalu pantas menghukum.

 Agar Pahala Tidak Putus

Lebih kurang beginilah situasi yang pernah dialami oleh seorang sahabat Nabi bernama Abu Darda’. Di penghujung usia, beliau tidak lupa meninggalkan pusaka terbaik untuk anak cucunya. Bersusah payah menanam pokok buat mereka.

Apabila ditanya beliau menjawab,

Apa salahnya kalau saya memperoleh pahala kerananya dan orang lain mendapat kebaikan buahnya?

Begitu juga yang dilakukan oleh sahabat yang lain. Tekun menanam pokok zaitun pada usia senja. Memikirkan kemaslahatan generasi seterusnya.

Apabila ditanya, beliau menjawab, “Orang yang lebih dahulu dari kita telah menanam untuk kita. Kita telah memakan buahnya. Sekarang kita menanam, supaya orang yang kemudian  kita dapat memakannya.

Jasanya terus hidup sesudah jasadnya mati. Amalnya meninggalkan manfaaat  dari zaman ke zaman. Ilmunya dinikmati generasi demi generasi. Sedekahnya dimakan oleh ramai orang. Pahalanya berkekalan. Tidak putus-putus.

Inilah kelebihan orang yang menghargai masanya. Tidak kira masa muda atau tua. Yang mereka fikirkan setiap hari ialah bagaimana ingin memberi manfaat kepada orang lain.

kita????


No comments:

Post a Comment

Coretan Antum ^ ^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...